Sejarah

KHAZANAH ISLAM ASWJ SUDAH TERKUBUR, PENTING HIDUPKANNYA SEMULA!

Hari ini jika bercerita perihal akidah umat Melayu Islam ia jelas semakin membimbangkan bukan sahaja dalam kalangan anak muda malah dalam golongan pertengahan juga.

Kebimbangan ini tidak terhenti hanya pada masyarakat biasa sahaja, malahan turut terpalit dalam golongan ilmuwan dan agamawan.

Apakah punca ini terjadi? Adakah pegangan aqidah mereka tidak cukup kuat atau sebenarnya pegangan aqidah mereka tidak selari dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah?

Tuan Guru Hj. Abd Raof Bin Hj Nurin Hafidzahullah, Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang menegaskan yang utama sekali perlu memahami apa itu aqidah ahli sunnah wal jamaah?

Beliau menerangkan bahawa ahli sunnah wal jamaah itu beraqidah Al-Asha’irah Al-Maturidiyah yang telah disusun oleh dua imam besar iaitu Abu Hasan Al-Ash’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi pada kurun ke-2 hingga kurun ke-3 Masihi.

“Kewujudan asal ASWJ adalah dari hadith Rasulullah SAW yang sangat masyhur tercatit dalam kitab tauhid kurun ke-2 dan ke-3 Masihi, antaranya dalam kitab Bainal Firoq.

Abd Raof berkata demikian mengulas tajuk ‘Kita Sudah Merdeka : Bagaimana Manhaj ASWJ Dalam Kehidupan Kita’ dalam Perbincangan Rakyat Demi Melayu Siri 15 yang lepas.

Menyentuh pula soal cabaran ahli sunnah wal jamaah selepas merdeka, Dr. Ayman Al-Akiti Pensyarah Jabatan Usul AL-Din & Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi pandangan bahawa terdapat dua sisi cabaran yang nyata iaitu sisi dalaman Islam dan sisi luaran Islam.

Sisi dalaman yang dimaksudkan beliau adalah cabaran yang datang daripada golongan agamawan, ulama’, golongan yang dilihat mencintai tanah air dan memperjuangkan kemerdekaan.

“Dari sisi luaran pula ialah bagaimana pemikiran itu masuk pada awal tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan sehabis bolehnya mereka mengatakan melayu tidak boleh memerintah dan akhirnya orang Melayu merasakan tidak yakin dengan ilmu yang mereka ada.

“Tetapi Alhamdulillah selepas merdeka Islam kuat dengan adanya karya ilmuwan agama, namun lama selepas merdeka mula masuk ideologi lain menghantui umat Melayu Islam seperti liberalisme, feminisme, pluralisme dan lain-lain,” tambah Ayman Al-Akiti.

“Walaubagaimanapun, kebimbangan ini pasti ada penyelesaiannya jika semua masyarakat tidak kira golongan khusus hatta golongan awam sekali pun jika bersungguh untuk memperbaiki kepincangan ini ia akan berhasil.

Demikian ulasan Ust Dr. Abdullaah Jalil yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Namun beliau mengetengahkan pendapat bahawa terdapat dua aspek paling penting yang perlu memainkan dalam usaha ini iaitu pendidikan dan undang-undang.

“Kita perlu ada legal standing bagi mengukuh, mempertahan dan menguatkuasakan ahli sunnah wal jamaah,” tegas Abdullaah Jalil.

Penegasan terkahir dalam perbincangan mengajak para agamawan, guru-guru pondok untuk kembali menghidupkan khazanah Islam ahli sunnah yang sudah lama terkubur seperti Dalail Ul Khairat, Ratib Al-Hadad dan lain-lain amalan ulama nusantara yang terdahulu.

Bagi mengikuti rakaman penuh PRDM Siri 15/2021 dengan tajuk ‘Kita Sudah Merdeka : Bagaimana Manhaj ASWJ Dalam Kehidupan Kita, berikut adalah link pautannya :

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker