Agama

Khawaarij Guna Slogan Nampak Betul Tetapi Batil, Lantas Diterima Tanpa Rujuk Batas Ilmu

Pada zaman sahabat Nabi Muhammad SAW belum ada wahabi namun yang ada pada ketika itu adalah kelompok khawaarij.

Khawaarij ini dikenali sebagai kelompok umat Islam yang menjulang slogan yang kononnya nampak seperti benar tetapi pengakhirannya adalah batil.

Menurut Ustaz Engku Ahmad Fadzil yang merupakan Ahli Jawatankuasa Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kelompok khawaarij ada pendirian yang aneh.

“Misalnya apabila menyebut kalimah, ‘Tidak ada hukum kecuali hukum itu milik Allah’.

“Slogan itu jelas betul tetapi apa yang dimaksudkan khawaarij pada zaman itu adalah yang betul hanyalah mereka,” ulas Engku Ahmad Fadzil.

Engku Ahmad Fadzil berkata demikian dalam Perbincangan Rakyat Demi Melayu dengan tajuk Benarkah Khawaarij Moden Itu Wahabi?

Video penuh boleh ditonton menerusi link di bawah:  

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker