Malaysia harus mengambil inisiaif untuk membangunkan satu Rumah Pendekar bagi merancakkan sektor ekonomi dan juga pelancongan negara.
Rumah Pendekar bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pusat warisan dan kebudayaan malah memperkenalkan seni silat Orang Melayu secara komprehensif.
Melihat kepada realiti, pelancong dari luar negara akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama untuk hentian pelancongan dalam Malaysia.
Amat malang bagi sesebuah negara yang memiliki warisan dan budaya mengetepikan aset ini sebagai sesuatu yang berkepentingan kepada negara dan bangsa.
Dalam Rumah Pendekar itu akan diwujudkan beberapa aktiviti rasmi seperti latihan gelanggang umum, sejarah pengenalan silat dan penerapan jati diri.
Dari segi kebudayaan pula, pelancong boleh mengenakan busana orang Melayu dan mempromosikan budaya Melayu menerusi platform masing-masing.
Hal ini adalah adil untuk dilaksanakan kerana sekiranya orang Malaysia ke Jepun misalnya, orang kita begitu bangga memakai kimono dan berkongsinya dalam media sosial.
Dalam masa sama, sektor ekonomi boleh ditambah rancakkan dengan penglibatan tukang-tukang Melayu dalam pembuatan keris, tanjak, busana dan sebagainya.
Secara tidak langsung, martabat warisan dan jati diri orang Melayu ini dapat diangkat sekali gus meletakkan Malaysia pada kelas yang tersendiri kerana keunikannya.
Menyusuri perjalanan negara jiran, pencak silat di Indonesia menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sehubungan itu adalah wajar bagi Malaysia memiliki pengiktirafan yang serupa mahu pun jauh lebih baik menerusi kewujudan Rumah Pendekar yang gah serta agung.
Untuk menuju ke arah itu, satu usaha konsisten menerusi pelbagai kerjasama antara pesilat, NGO, badan-badan kerajaan serta kementerian perlu dimulakan perancangannya.
P/S: Silat Melayu ada rahsianya tersendiri. Anda boleh tontonnya di sini
Sementara itu, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar silat, anda boleh dapatkan maklumat disini