Semenjak daripada PRU 15 baru-baru ini, nama Agong ke-16 selalu sahaja muncul di media sosial dan media arus perdana yang lain.
Namun, sebelum itu lagi nama baginda sering saja disebut-sebut dek kerana perwatakan baginda yang kelihatan lebih mesra rakyat.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah merupakan nama yang diberi kepada baginda.
Baginda mendapat pendidikan rendah di Pahang dan melanjutkan pendidikan tinggi di United Kingdom.
Kepada sesiapa yang tidak cakna lagi, Yang Dipertuan Agong merupakan Sultan Pahang ke-6.
Kalau nak diikutkan kepada giliran baginda ini, Pahang seakan-akan baru sahaja ada sultannya,
Baginda pun baru yang ke-6.
Inilah salah faham yang ramai tidak sedar.
Sejarah kesultanan Pahang sebenarnya telah wujud sejak daripada Kesultanan Melaka lagi.
Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang.
Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan kerajaan Siam.
Namun, generasi daripada Kesultanan Melaka berakhir apabila warisnya daripada generasi kedua, iaitu Raja Muda Abdullah telah terbunuh di dalam satu perbalahan yang berlaku.
Kemudian, Pahang ditadbir oleh Kesultanan Johor dan diletakkan di bawah Bendahara Sultan Mahmud Shah II setelah ketiadaan waris sultan Johor untuk memerintah di sana.
Anakanda Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid, iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil merupakan keturunan Sayyid Al-Idrus dari Acheh yang berketurunan Hadralmaut Yaman. Tun Abdul Jalil kemudian diangkat menjadi sultan dan digelar sebagai Sultan Abdul Jalil IV.
Inilah permulaan dimana Pahang telah diperintah daripada keturunan bendahara.
kemudian, Phang menjadi tanah naungan bersama dengan Johor-Riau-Pahang yaang diletakkan dibawah Sultan Johor ketika itu.
Namun, setelah kedatangan penjajah, Riau dan Pahang dipisahkan dan masing-masing diletakkan di bawah sultan dengan tanah yang berdaulat.
Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.