Gambar seorang lelaki yang sudah meninggal dunia namun menunjukkan reaksi senyuman yang sangat membahagiakan baru-baru ini masih menjadi perbualan ramai.
Lebih dicemburukan, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia yang sementara ini, nikmat yang diperlihatkan semasa sakaratul maut pastinya sangat manis.
Tulis seorang pengguna media sosial, nabi Muhammad SAW sudah menjawab dalam satu hadis :
“Ketika sakaratul maut hampir selesai, di mana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengkhabarkan kepadanya rumahnya kelak di akhirat.”
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Tidak ada seorang pun di antara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan kepadanya tempatnya di surga atau di neraka”.
Sehubungan itu, sahabat kepada Allahyarham Hj Kamaruzaman bin Hj Abd Hakim berpendapat setelah melihat senyuman itu, masing-masing dapat meneka apa yang sudah diperlihatkan kepada Allahyarham.
Dalam masa yang sama, sahabat Allahyarham turut meninggalkan satu puisi dan kata-katanya amat menarik untuk dihayati sekali gus menguatkan keimanan hambaNya yang masih hidup untuk bertaqwa.
Khas Buat Sahabatku Haji Kamaruzaman Bin Haji Abd Hakim
Ketika sorg Daie pergi
Wajah berseri,
Melihat bidadari,
Berkerut dahi,
Dek sinaran nur tak terperi..
Demikian mati,
Seorang Daei,
Yang hidup berbakti,
Dengan kerja Nabi,
Dengan langkah kaki,
Pintu-pintu dilewati,
Negeri-negeri dilawati,
Walau dicerca-maki,
Tetap tabah hati,
Fikir siang ummati-ummati,
Doa malam Ya Robbi Ya Robbi,
Berkhidmat menabur bakti,
Ambil hantar jemaah hari-hari,
Malam siang berganti,
Tak jemu tak berhenti,
Tinggal anak tinggal isteri,
Di markas saban hari,
Sentiasa bersedia menanti,
Kedatangan jemaah silih berganti.
Sepenuh hati,
Dan di waktu pkp,
Di markaziat Kelang letak diri,
40 hari berkali-kali,
Walau uzur berdiam diri,
Menahan jerih sendiri,
Hingga dijemput Ilahi,
Kembalilah dikau wahai abdi,
Dengan kalimah hakiki,
Laailaaha illaallah Muhammadur Rasullah kita berjanji,
Ke tanah, tempat asal jadi,
Diselimuti debu kepala ke ujung kaki,
Tenanglah dikau bersemadi,
Wahai sahabat sejati,
Tanpa risau susah hati,
Hingga tiba akhir nanti,
Dengan redho Ilahi,
Dengan ihsan, keampunanNya yang Dia janji,
Kedalam syurga dikau tempati..
Dan aku, kami pasti akan mengikuti,
Dengan harapan yang tinggi,
Seperti orang-orang yang suci,
Para ashabi-ashabi,
Ya Allah.. matikanlah kami ketika Engkau sedang sudi,
Memaafkan kesalahan kami..
Aamiin
Aku : Ben Endut
24/7/21 00:59
P/s : Mati itu pasti dan alam dunia ini hanya sementara.
Ujian di dunia akan menentukan sama ada kita akan berbahagia di akhirat atau sebaliknya.
Semoga Allah ampunkan dosa kita sebagai hambaNya dan semoga kita mengampunkan dosa sesama manusia untuk perjalanan yang sungguh tenang.
Amin!