Budaya

Ketahui Makanan Perang Orang Melayu Yang Disediakan Sepanjang Aidilfitri!

Tahukah anda dodol, wajik, lemang, rendang serta biskut raya misalnya merupakan makanan perang orang Melayu dan ia sudah wujud beratus zaman sehingga ke hari ini?

Ini adalah fakta dan satu realiti yang tiada dalam silibus pendidikan nasional apatah lagi untuk dijawab dalam UPSR, PT3, SPM, STPM mahu pun lain-lain pendidikan tertinggi negara.

Namun usah terkejut dan khuatir malah berbanggalah kerana walau apa-apa pun yang terjadi, berlaku penjajah minda dan sebagainya, masih ada warisan kita yang terpelihara.

Cuma kebanyakan informasi seperti ini kurang didedahkan di peringkat nasional atau disampai dalam versi yang berat sehingga generasi muda tidak pernah mengetahui.

Kenapa dipanggil makanan perang?

Ingat semula sifat lemang, wajik, dodol dan rendang misalnya. Kesemua makanan warisan kita ini bersifat tahan lama dan tidak mudah basi bukan?

Jika cepat basi atau rosak, bagaimana nenek moyang kita hendak bertahan dalam medan perang dalam tempoh yang lama? Mungkin boleh kebuluran.

Atas dasar geniusnya bangsa Melayu suatu ketika dahulu, tidak perlu pun mereka berharap pada makanan dalam pek atau tin dari luar negara.

Cukuplah menggunakan bahan-bahan yang ada di kawasan sekitar dan lahirlah makanan warisan yang sering diangkat setiap kali menjelang Aidilfitri.

Tujuannya adalah untuk mengingatkan anak bangsa sendiri bahawa Melayu itu genius dan perlu percaya diri untuk terokai kemampuan bangsa.

Dapat sesuatu?

Anda sudah tahu bukan? Sekurang-kurangnya apabila pulang ke kampung bertemu datuk dan nenek serta cucu-cucunya yang muda, anda sudah ada topik baharu hendak dicerita.

Tidaklah asyik-asyik tular topik sama bila nak kahwin, bila nak tambah anak, kerja apa sekarang dan lain-lain topik yang sudah klise dan tidak mencetuskan pemikiran bangsa.

Semoga bermanfaat!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker