Pada abad ke 15, Perak merupakan sebahagian dari wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.
Apabila Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah yang merupakan sultan yang memerintah pada ketika itu (1488 -1511) serta anak dan isterinya meninggalkan Melaka dan akhirnya mangkat di Kampar, Sumatera.
Sultan Mahmud Shah mempunyai putera yang bernama Raja Muzaffar Shah yang merupakan anaknya dengan Puteri Onang Kening.
Tun Saban menjadi wakil pembesar Melayu pergi ke Kampar bersama-sama Nakhoda Kasim untuk menjemput Raja Muzaffar Shah untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak.
Raja Muzaffar Shah berangkat ke Perak dengan membawa bersamanya alat-alat kebesaran diraja seperti cap mohor, nobat, sebilah pedang (Cura Si Manja Kini),Surat Ciri dan Keris Taming Sari.
Semasa pertabalan Sultan Muzzafar Shah, Tun Saban datang dari Hulu Perak membawa persembahan gajah sementara adik perempuannya Tun Perabu (Tok Temong) membawa persembahan tangkal azimat bernama “Geliga Embun”.
Tangkal “Geliga Embun” tersebut telah menjadi salah satu alat kebesaran kerajaan Perak sehingga sekarang.
Kesultanan Perak diasaskan oleh Sultan Muzzafar pada tahun 1528 dan pusat pemerintahan pertamanya di Tanah Abang , dipesisiran Sungai Perak.
Secara kesimpulanya, Kesultanan Perak merupakan kelangsungan dari Kesultanan Melayu Melaka dan diwarisi takhtanya sehingga ke hari ini.
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!