Titik tolak dari keputusan Indira Gandhi 2018, Individu sama bersama NGO-NGO Hindu lain failkan saman pemula ke atas 8 negeri untuk batalkan peruntukan Seksyen Enakmen Pentadbiran 7 Negeri berkenaan agama anak mualaf.
Pahang kemudian dikeluarkan 7 lagi negeri kekal dalam saman.
Saman antara Indira Gandhi, Mohan A/L Shanmugam, Arumugam A/L Doraisamy, Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia dan 10 yang lain v Kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Johor, & Kerajaan Wilayah-wilayah Persekutuan.
i. Saman tuntut Mahkamah isytihar Seksyen-Seksyen di dalam Enakmen-Enakmen Negeri yang disangkal bercanggah dengan Perkara 12(4) menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang ditafsirkan dalam kes Indira Gandhi 2018.
ii. Turut tuntut amalan tukar agama secara unilateral (sepihak oleh ibu atau bapa mualaf) adalah tidak berperlembagaan & bercanggah dengan Perkara 12(4).
iii. Tuntut satu deklarasi berbangkit untuk mana-mana dan semua penukaran agama secara unilateral terbatal jika kedua relif di atas diberikan Mahkamah.
iv. Alternatif kepada relif (iii) di atas, satu deklarasi mana-mana pertukaran agama secara sepihak yang telah berlaku di Malaysia dari keputusan Indira Gandhi 2018 adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua ibu bapa & akan diterbalikkan jika salah satu ibu bapa tolak persetujuan dalam tempoh satu tahun dari tarikh Mahkamah berikan perintah.
Dan relif-relif yang sesuai.
Kesan Jika Kes Dimenangi Pihak Menyaman
1.Enakmen-enakmen berbangkit semua negeri yang dinamakan akan diisytihar tidak berperlembagaan dan terbatal.
2. Semua pertukaran agama yang dibuat secara sepihak dalam negeri-negeri yang dinamakan, akan terbatal, atau alternatifnya;
3. Penukaran agama yang dibuat secara unilateral oleh mana-mana ibu atau bapa mualaf, boleh diterbalikkan jika salah satu satu dari ibu atau bapa tolak persetujuan dalam tempoh satu tahun dari tarikh Mahkamah berikan perintah.