Budaya

Keris Mula Dipakai Dalam Alam Melayu Sejak 1750 SM & Wujud Dari Tempaan Besi

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bilakah keris mula dipakai dalam alam Melayu? Berdasarkan kajian dan dapatan semasa, keris telah dipakai sejak 1750SM.

Menariknya, ada juga beberapa artifak keris telah ditemui di Rome dan Greek tetapi kesan dan teknologi hanya ada di alam Melayu.

Inilah yang membingungkan kita bahawa adabnya bukti bahawa keris dan teknologi keris telah lama wujud dan al-Quran mencatatkan teknologi ini dan ia berterusan wujud di Alam Melayu.

Di dalam pewayangan Ramayana dan Mahabharata tercatat bahawa keris dianugerahkan oleh Betara Wisnu kepada Betara Naya Indera, keris Kalamisani sebagai pakaian.

Pada masa yang sama hikayat Panji mencatatkan, Arjuna menerima keris Kalamisani dari Betara Kela. Secara teori, hikayat ini telah wujud 5000 tahun dahulu.

Menurut Ding (2018) Hikayat Ramayana ini mempunyai persamaan dengan Hikayat Sri Rama, RamaKeling, Serat Kanda yang ada di Alam Melayu.

Koster (2018) mengatakan hikayat Sri Rama, Ramayana, Mahabharata, hijayat Panji menunjukkan hubungkait erat kesah keris di Alam Melayu dan bukan hanya Jawa apatah lagi India. Tiada bukti keris ada di India.

Perbahasan mengenai bentuk keris yang lurus dan berluk, kegunaan keris sebagai senjata atau alat budaya, asal keris dari bangsa apa, bila ia wujud, dan mengapa keris diharamkan dari sudut undang-undang negara, mengapa keris disebut sebagai syirik dan khurafat, dan keris-keris sakti, berhantu, berpenunggu tidak pernah selesai.

Ini kerana tiada yang sanggup membenahi keris dari sudut pandang sains, peradaban, ketamadunan, teknologi, dan kenegaraan.

Selama ini perbahasan keris mengambang di awangan mimpi, khayalan, mitos, kepercayaan karut, penyelewengan maklumat dan ketakutan.

Sedangkan sains dan teknologi, keris adalah semata-mata bahan besi yang ditempa. Adunan tempaan besi keris jelas dicatat di dalam Al Quran, dan kitab-kitab kuno termasuk hikayat-hikayat yang dipercayai sebagai bahan latar kepada sejarah pekerisan.

Setakat ini tiada siapa yang dapat membuktikan kewujudan hantu dan penunggu keris. Dan jarang yang memahami kisah pertikaman keris terlalu sedikit kesannya kepada manusia jika ada perbandingan kisah pembunuhan dengan senjata lain, pedang, meriam, dan senjata api.

Malah kemalangan jalan raya lebih menunjukkan kenderaan lebih bahaya daripada keris. Tetapi mitos dibesar-besarkan hingga keris diharamkan.

KREDIT: PEKERIS

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker