Agama

Kerana Ideologi, Wahabi Tegar Musnahkan Seni Bina Sejarah Di Mekah

Ideologi ajaran Wahabi telah meletakkan bangunan-bangunan dan semacam lagi seni bina yang bersejarah terpaksa dimusnahkan bagi memenuhi kehendak ajaran mereka.

Setelah mereka berjaya menguasai Mekah dan Madinah pada tahun 1925, kerja-kerja perataan makam dan kubur-kubur yang ada di sekeliling Kaabah telah dilakukan dengan giat.

Kalau dahulu di sekeliling Kaabah, para jemaah haji berpeluang untuk menziarahi bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di sekeliling Kaabah seperti rumah kelahiran Nabi dan juga makam-makam yang telah dibina, namun semua seni bina itu telah dimusnahkan oleh kerajaan Arab Saudi yang berpegang kepada aliran ini.

Perkara pertama yang dilakukan mereka ialah membinasakan makam-makam peninggalan, makam-makan sahabat nabi Muhammad SAW termasuklah Zaid bin al-Khattab r.a. yang mana dikatakan pada tempat-tempat inilah berlakunya kesyirikan.

Perkara yang paling malang berlaku apabila diketahui oleh Amir al-Aqsa pada ketika itu tentang rencana Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibnu Mu’ammar ini, maka pemimpin Aqsa ini telah memberikan satu tekanan kepada Uthman bin Mu’ammar untuk mengeluarkan Muhammad bin Abdul Wahab dari Uyainah.

Apabila Muhammad bin Abdul Wahab telah keluar daripada Uyainah, dia telah pergi ke Diriyah.

Di situlah berlakunya pertemuan antara Muhammad bin Saud dan Muhammad bin Abdul Wahab.

Apabila sampai sahaja di Diriyah, persekutuan telah berlaku antara Muhammad bin Saud dan Muhammad bin Abdul Wahab untuk mendirikan satu legasi kerajaan yang besar.

Apa yang mereka lakukan adalah membantai dan membunuh setiap daripada kawasan-kawasan yang dipinggirnya termasuklah Uyainah.

Pada masa yang sama, Uyainah sedang diperintah oleh Uthman bin Mu’ammar, telah berperang dan terbunuh di tangan pengikut-pengikut Muhammad bin Abdul Wahab.

Ibnu Mu’ammar itu ialah kaum kerabat yang pernah mengahwinkan saudara atau sepupunya iaitu Jauharah dengan Muhammad bin Abdul Wahab.

Bagaimana sanggup seorang yang mempunyai ciri keagamaan tetapi melakukan pengkhianatan.

Jadi, jika kita biarkan pengaruh Muhammad bin Abdul Wahab yang negatif di negara ini, kita tidak tahu bagaimana nasib kesultanan kerajaan kita nanti.

Perobohan 1925/1926 adalah peristiwa yang berlaku pada 21 April 1926 CE, apabila sejumlah besar kuil, makam dan bangunan peringatan dimusnahkan di Arab Saudi.

Kempen ini dimulakan oleh raja Ibn Saud dengan sokongan Ibn abd-ul-Wahab. Yang paling ketara ialah perobohan di tanah perkuburan bersejarah Jannaul Baqi dan Jannatul Mualla.

Pada tahun yang sama, beberapa binaan lain turut musnah seperti masjid lama bersebelahan dengan kubur Hamzah ibn Abdul Muthalib.

Tapak rumah Nabi Muhammad pula telah dijadikan sebagai perpustakaan.

Adakah ‘perubahan’ yang mereka lakukan ini atas dasar ideologi atau membuka laluan perubahan untuk memajukan kota Mekah dan Madinah dengan membina bangunan-bangunan moden lagi tinggi, untuk mengakomodasi tetamu-tetamu kayangan dengan hotel-hotel mewah yang dibina sekeliling Kaabah, yang telah diceritakan di dalam hadis Muslim, apabila tiba masanya nanti, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”

Hadis ini ternyata telah dizahirkan seperti apa yang telah kita nampak pada hari ini.

Bangunan-bangunan tinggi telah dibina dan bangunan-bangunan mewah telah mengelilingi Kaabah.

Jika dahulu sesiapa sahaja berpeluang untuk mengerjakan haji dan umrah, namun kini kos untuk melakukan ibadah ini semakin lama semakin tinggi.

Siapa tahu lama kelamaan, hanya orang-orang yang betul-betul berkemampuan sahaja yang mampu untuk melakukan ibadah ini kerana untuk menampung kos ke Mekah tidak lagi harga rakyat marhaen mampu.

Hotel-hotel bajet sudah lagi tidak kelihatan di sekeliling Mekah, dan digantikan dengan hotel-hotel kayangan.

Bukan sahaja Arab Saudi yang menjadi mangsa ‘perubahan’ yang dilakukan oleh puak Wahabi ini, namun demikian, projek pemusnahan bangunan-bangunan di Yaman juga tidak terlepas.

Mereka telah membedil Yaman, tempat di mana berdirinya kota Ratu Balqis suatu ketika dahulu, yang penuh dnegan bangunan-bangunan bersejarah, tanpa rasa bersalah.

Kota Sanaa yang merupakan salah satu tapak warisan UNESCO yang berusia lebih daripada 3000 tahun telah menjadi mangsa kepada Arab Saudi.

Kota Sanaa

 

Sebahagian Kota Sanaa yang dibom Arab Saudi

 

Selain itu juga, mereka juga telah memusnahkan monumen-monumen yang lain, selain tapak bersejarah dan arkeologi dan muzium di sana.

Tempat-tempat yang sepatutnya dipelihara bagi mengenang sejarah yang terdahulu telah di’matikan’ oleh mereka semata-mata ianya tidak selari dengan ajaran mereka.

Apa motif mereka sebenarnya untuk melakukan sedemikian rupa? Kerana ideologi atau ada udang di sebalik batu?

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker