Ada yang mengatakan kerambit aslinya merupakan senjata orang Indonesia, orang Minang dan sebagainya namun terimalah hakikat bahawa kerambit ini antara senjata tertua dalam alam Melayu.
Jadi apabila menyebut alam Melayu, tidak kiralah di mana pun anda berada pada ketika ini dengan nama-nama moden selepas berakhirnya zaman orang kulit putih cuba perluaskan kuasa, asal tetap asal.
Menariknya tentang kerambit ini, ada yang menggelarkannya sebagai senjata rahsia kerana sering tidak nampak dek pandangan musuh kerana ia bersifat kecil dan ringan.
Sifat kecil dan ringan pada kerambit ini membolehkan kerambit di simpan di banyak lokasi yang sukar dijangka seperti sanggul rambut, dalam baju atau selitan pinggang.
Tonton video penuh untuk mendengar keterangan lanjut:
@demi_malaiu Senjata Assassin Melayu dan pendekar untuk berlawan dengan senyap dan cepat