Istilah khianat di mana-mana negara ataupun di mana-mana tempat sekali pun mesti ada seorang manusia yang memiliki kepentingan duniawi untuk dirinya sendiri.
Jadi, dia melakukan perkara tersebut kerana hal dunia.
Orang Melayu dahulu memiliki kerajaan yang hebat.
Ada kerajaan Melayu tua yang sudah berusia 700 tahun Sebelum Masihi.
Bermaksud, sebelum Nabi Isa a.s. dilahirkan, 700 tahun sebelum itu sudah ada kerajaan Melayu atau dipanggil Kedah Tua dan mereka memiliki sebuah kilang pembuatan besi yang lama.
Maksudnya, satu produksi yang besar menghasilkan ekonomi yang menjana negara tersebut.
Jadi, apabila wujud satu kemajuan, satu kehebatan dalam sesebuah pentadbiran negara, mesti terdapat satu manusia yang tidak lain tidak bukan sebagai cabaran, iaitu orang-orang yang mengkhianati ataupun kemungkinan juga pihak musuh sendiri menyamar menjadi orang Melayu, memakai tanjak, berseluar, bersamping, berkeris seperti orang Melayu.
Sebenarnya, mereka bukan orang Melayu, yang cuba mengaku Melayu yang ingin menjatuhkan maruah di tempat sendiri.
Tidak hairan jika kita menceritakan kelebihan orang Melayu, mesti ada orang yang akan mentertawakan kita.
Kalau kita menceritakan kelebihan dan kekuatan bangsa kita, mesti ada orang akan melakukan sesuatu bagi menghalang sesuatu kebijaksanaan, kebitaraan orang Melayu itu untuk lebih maju.
Mengikut sejarah, berlakunya satu pertembungan yang mereka ini cuba mengaku sebagai orang Melayu, yang berada dalam pentadbiran negara ketika itu dan melaga-lagakan orang Melayu terutamanya melagakan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.
Itu yang kita sebut Si Kitol dan sebagainya.
Mereka cuba menjadikan diri mereka sebagai orang Melayu, sebenarnya bukan.
Mereka memiliki kepentingan perdagangan dan perniagaan sahaja supaya tiada orang yang melebihi mereka.
Untuk melakukan kerosakan tersebut, mereka dibayar oleh pihak musuh untuk membuka pintu supaya kerajaan Melaka boleh dimasuki oleh Portugis.
Secara ringkasnya, pengkhianatan boleh berlaku atas dasar keduniaan semata-mata.
Sama juga pada hari ini, pengkhianatan itu memang berlaku di mana-mana sahaja.
Sebabkan wang dan kuasa, ramai yang sanggup untuk menjadi pengkhianatan bangsa sendiri.
Apa yang lebih menyedihkan, jika dahulu pengkhianat itu majoritinya datang daripada bangsa asing, namun senario kini, bangsa sendiri yang mengkhianati kaum sendiri semata-mata untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri.
Ini adalah suatu situasi yang amat membimbangkan kepada keamanan negara.
Lagi pula generasi kini terasa amat keliru untuk memilih pemimpin yang berkaliber untuk mengepalai mereka dan menyebabkan mereka untuk terus menjauhi dan tidak mengambil peduli tentang perihal negara.
Sekian.