Budaya

Warisan Dan Jati Diri Bangsa Melayu Perlu Diangkat Semula

Cukuplah pemimpin Melayu dalam dunia politik menjadi ‘pondan’ yang gila pada kuasa sahaja dan mengabaikan warisan dan jati diri Melayunya.

Sepatutnya selepas beberapa puluh tahun negara merdeka, warisan tanah air dimartabatkan.

Ini tidak, yang bersuara lebih cuma rakyat biasa dan paling lantang sekali pun cuma NGO.

Namun setakat manalah usaha itu akan berhasil jika bukan disempurnakan oleh pemimpin Melayu?

Keadaan Malaysia hari ini sangat menyedihkan kerana hampir semuanya dilacurkan kepada pembangunan.

Jangankan warisan serta budaya, jati diri legasi anak-anak Melayu juga dipupuskan dengan sistematik.

Berbekalkan alasan kesemua ini disebabkan rentak perubahan moden, seluruh warga tanah air perlu diam dan ikut.

Maka terhancurlah satu legasi yang sepatutnya bangkit selepas 1957 membina semula tamadun Melayu yang agung.

Usah takut pada kuasa Amerika, China, Korea mahu pun negara-negara lain yang dilabel kuasa besar.

Malaysia ini sudah cukup besar dan jauh lebih hebat berbanding mereka suatu ketika dahulu.

Sehinggakan banyak sejarah dan kehebatan orang Melayu disembunyi dan dihapuskan dengan begitu cermat.

Tidak lain dan tidak bukan, untuk menanam rasa benci ke atas bangsa sendiri kononnya Melayu ini miskin warisannya.

P/S: Antara inisiatif untuk mengagungkan kembali warisan Melayu adalah dengan Pembinaan Rumah Melayu Berpotensi Menjadi Hub Sosial & Ekonomi Di Kuala Lumpur!

 

Selain itu, Ini 5 Warisan Melayu Yang Hilang Dan Hampir Pupus!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker