Isu Semasa

Kerajaan Malaysia & P.R. China Tandatangan MoU Kerjasama Perubatan Tradisional & Komplementari

PUTRAJAYA, 31 Mac 2022 – Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China (P.R.China) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

MoU ini merupakan lanjutan daripada memorandum asal yang telah ditandatangani pada 7 November 2011 bagi menggalakkan Perubatan Tradisional dan Komplementari, memudahkan dan menggalakkan kerjasama dalam bidang (1) amalan, (2) bahan dan produk perubatan, (3) pendidikan dan latihan serta dalam (4) penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu bagi mengukuhkan kedudukan Perubatan Tradisional dan Komplementari dalam sistem penjagaan kesihatan Negara.

MoU ini ditandatangani oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia dan YBrs Dr. Yu Wenming, Pesuruhjaya Pentadbiran Kebangsaan Perubatan Tradisional Cina (NATCM), P.R.China dalam satu majlis yang dijalankan secara maya.

Turut hadir, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan YBrs Dr Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM.

Namun demikian, rata-rata rakyat Malaysia mempersoalkan mengapa bukan perubatan di alam Melayu ini yang diangkat dan terus menerima diskriminasi dengan pelbagai akta tempatan sehingga hari ini.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button