Agama

Kerajaan Malaysia Gagal Lindungi Kemurnian Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Semenjak merdeka sehingga kini, kerajaan Malaysia gagal melindungi kemurnian akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam negara.

Fahaman yang asing daripada budaya beragama orang Melayu seperti fahaman wahabi, syiah dan liberisme dibiarkan berkembang dengan bebas.

Tiada tapisan untuk memastikan jawatan-jawatan penting yang membina minda dan peraturan masyarakat bebas dari akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Aktiviti masyarakat seperti tahlil arwah, solat terawih 20 rakaat, sambutan maulidur rasul, menjadi asbab berkumpulnya orang.

Melayu mula kesepian, mula ada puak. Puak berasingan kerana perbezaan fahaman. Pensyarah di Falkuti Pengajian Islam yang balik dari  Timur Tengah membawa fahaman yang asing dan budaya beragama di Tanah Melayu di biarkan.

Mereka mengajar anak-anak kita sehingga si anak membidaahkan amalan si ayah, dan mula perpecahan dalam. Keluarga antara anak dan ibu bapa, antara adik beradik.

Sehingga apabila ayah sendiri meninggal dunia, satu pihak mahu talkin di baca dan satu pihak menentang.

Tiada tapisan yang berkesan, sehingga ada yang dilantik menjadi mufti sedangkan dia berfahaman kaum muda, menolak kewajiban bermazhab yang satu.

Lebih teruk, walaupun kita ada syarat dalam Undang-Undang tubuh Negeri bahawa semua mesti ikut Ahlul Sunnah wal jamaah, wakaupun kita ada keputusan rasmi Muzakarah Majlis Fatwa kebangsaan yg Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah aqidah rasmi negara dan wahabi dan syiah bukan Ahlul Sunnah Wal jamaah; keputusan keputusan ini hanya tinggal di kertas, tanpa keseriusan untuk menjaga kemurnian Ahlul Sunbah Wal Jamaah.

Tentu sekali bertepatan dengan tafsiran Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Dr Shamrahayu, Islam yang disebut dalam Perkara 3 (1) dan dalam sumpah jawatan kebawah Duli Tunku Agong untuk melindung dan memeliharanya, tentu sekali aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Begitu kuatnya kedudukan aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah tetapi sejauh mana kerajaan kita terutama sekali semasa Perdana Menteri ke-4 ke atas berusaha menjaga kemurnian budaya beragama yang berpaksi kepada ASWJ.

Pendakwah yang beraliran dari ASWJ bebas mengajar, bebas membidaahkan orang melayu, bebas menerakakan orang melayu, bebas mempersendakan ilmu ilmu ulama Melayu dan kemudian dapat pembelaan segelintir Pegawai Agama yang sealiran.

Aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah adalah satu tiang seri orang Melayu. Ia adalah asas kehidupan beragama orang Melayu.

Sampai bila para pemimpin kita mahu biarkan kerojakan aqidah bangsa melayu? Adakah sampai kita jadi seperti negara negara Timur Tengah yang porak petanda tak kesudah akibat perbezaan aqidah.

Setahu saya tiada negara Islam yang aman jika negaranya berpecah belah dari sudut akidah, semuanya hura-hara.

Adakah nasib anak cucu kita jika para pemimpin kita terus bersikap acuh tak acuh dari segi menjaga kemurnian Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Abdul Kareem Khadaied
Ketua Aktivis Gabungan Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker