Tanjak dan tengkolok kita mungkin tahu dan biasa dengar, tetapi jika orang yang tiada minat tentang busana Melayu ini mesti tak pernah dengar apa itu destar. Betul tak?
Ketiga-tiga busana kepala untuk lelaki ini adalah tidak sama dan terdapat perbezaan dari segi bentuk serta gubahannya. Malah terdapat banyak jenis ikatan untuk ketiga-tiga busana ini.
Bagi busana yang dinamakan sebagai tanjak gubahannya jika dilihat pasti orang akan keliru sama ada itu adalah tanjak atau tengkolok kerana ia seakan-akan sama.
Namun yang membezakan tanjak dan tengkolok adalah tinggi dan rendahnya. Tanjak adalah lebih bersifat rendah dan sederhana gubahannya.
Terdapat pelbagai bentuk dan nama yang unik bagi setiap jenis lipatan serta gubahan tanjak dan ianya mempunyai asal usul serta maksud yang tersendiri.

Manakala tengkolok pula gubahannya kelihatan seakan-akan mahkota. Ianya lebih tinggi dari tanjak dan mempunyai ruang kosong dibahagian tengah kepala yang menampakkan rambut.
Pada zaman dahulu jika seseorang memakai tengkolok ia pasti akan menampak pangkat si pemakai tersebut berdasarkan lipatan dan bentuk tengkolok.
Jika dipakai bendahara, lipatan dan bentuk tengkoloknya begitu, jika pakai oleh laksamana bentuknya begini dan jika dipakai oleh temenggung begitu pula rupanya.
Terdapat perbezaan antara tengkolok yang dipakai oleh golongan diraja dan rakyat biasa. Serong dan tinggi ke sebelah kanan adalah untuk golongan diraja, serong ke sebelah kiri adalah untuk rakyat biasa.


Busana yang dinamakan sebagai destar pula gubahannya adalah menutupi keseluruhan bahagian atas kepala bagi laki-laki yang memakainya.

Jenis lipatan dan gubahan tanjak, tengkolok dan destar ini kebanyakkan adalah ilham dari haiwan dan alam semula jadi. Ketiga-tiga busana ini mempunyai banyak nama dan mewakili setiap negeri di Malaysia.
Untuk tahu teruskan mengikuti Demi Malaiu untuk info-info busana orang Melayu kita.