Sejarah

Kenapa Rabiualawal Dikatakan Bulan Mahabbah? Ini 6 Keistimewaan Wajib Kita Tahu!

 Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina Muhammad

Bulan ini adalaah bulan istimewa buat seluruh umat Islam. Dikatakan bulan ini adalah bulan mahabbah. Apa itu mahabbah? Mahabbah bermaksud cinta dan kasih sayang.

Tidaklah dikatakan bulan ini istimewa jika tidak ada yang benar-benar membuatkan seluruh umat Islam bergembira menyambutnya.

Apa istimewa bulan ini? Berikut 6 keistimewaan yang perlu kita raikan sepanjang  bulan ini;

#1 Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Lahirnya seorang pemimpin yang membawa rahmat buat sekalian alam ‘Rahmatan Lil Alamin’ pada tanggal 12 Rabiulawal 570 M, hari Isnin, tahu gajah, di Kota Mekah. Diutuskan baginda oleh Allah SWT sebagai syafa’at kepada semua hambaNYA.

Allah SWT berfirman, “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi alam semesta” –  [QS Al-Anbiya ayat 107].

#2 Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Wafatnya baginda juga pada 12 Rabiulawal 11 Hijrah, 632 M, hari Isnin, di Kota Madinah. Dimakamkan di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah.

#3 Bulan Mahabbah Rasulullah SAW

Maka berusahalah kita untuk wujudkan lebih dalam lagi rasa cinta, kasih dan rindu terhadap baginda Rasulullah SAW.

Bagaimana caranya? Dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda pada setiap hari.

“Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada anaknya, orang tuanya dan seluruh manusia.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

#4 Bulan Kumpul Amal

Gandakan amal soleh dan amal kebajikan kita pada setiap hari. Sebagai contoh ibadat-ibadat sunat seperti solat, bersedekah dan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

“Manusia yang paling utama (iaitu paling berhak) terhadapku (mendapat syafaatku) ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku.” – Riwayat Imam Tirmizi

#5 Bulan Meraih Rahmat & Berkat

Berusaha meraih rahmat dan berkat Allah SWT dengan niat menjalin kasih dan sayang sesama manusia (Hablum Minannas).

#6 Bulan Menjemput Maghfirah (Keampunan)

Paling mudah untuk menghapuskan dosa kecil adalah dengan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

Sabda Baginda Nabi S.A.W yang bermaksud “Hendaklah kamu berselawat ke atasku, kerana sesungguhnya selawat ke atasku adalah kebersihan (keampunan) bagi (dosa) kamu dan mintalah kepada Allah untukku akan wasilah.” – Al-Samarqandi dari kitab Tanbih Al-Ghafilin

Maka bersyukurlah kita yang masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan penuh cinta ini untuk terus mengingati kelahiran baginda dan meraih keistimewaannya.

Namun, jika amalan-amalan ini dapat diterus dibulan-bulan lain juga lebih baik dan sangat digalakkan. Jom sama-sama rebut pahala.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker