Ekonomi

Kenapa Melayu Masih Mengemis, Ditindas Dalam Negara Sendiri?

Sudah lebih 100 tahun kita berkongsi negara tercinta ini. Anak-anak bangsa kita berkorban nyawa demi menjaga keamanan negara. Namun, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa orang Melayu masih lagi mengemis di tanah sendiri.

Kuasa ekonomi orang Melayu masih lagi rendah jika dibandingkan dengan kaum lain. Sektor-sektor perindustrian masih lagi dikuasai oleh warga bukan bumiputera.

Ini semua boleh di jejak sejak dari zaman campur tangan pihak British lagi. Akibat dasar perkauman British, kaum pendatang telah di beri pelajaran dan modal harta serta peluang peniagaan yang lebih awal daripada orang Melayu.

Pada tahun 1958, pihak penjajah telah memberikan tanah yang bernilai tinggi, tanah-tanah komersial dan agrikultur kepada 1 juta warga imigran. Dengan modal inilah mereka memulakan dan mengorak langkah untuk membina kehidupan mereka di tanah asing dan berjaya menguasai ekonomi setelah diberi peluang untuk masuk ke dalam perindustrian.

Dasar-dasar diskriminasi British sebelum 1957 menghalang peniaga Melayu untuk mendapatkan pinjaman wang di bank-bank. Peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha Melayu tidak dberi kesempatan untuk memajukan perniagaan mereka, tidak seperti warga imigran.

Oleh kerana itu, adanya usaha-usaha untuk membantu orang Melayu telah dilakukan oleh beberapa individu bumiputera. Antara usaha tersebut adalah penubuhan Bank Kebangsaan Melayu, yang bertempat di Klang Street oleh Allahyarham Maarof Zakaria. Bank ini ditubuhkan khas untuk orang-orang Melayu sahaja.

Antara sebab mengapa bank ini ditubuhkan adalah kerana bank sedia ada sewaktu itu, The Chartered Bank (milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) tidak mahu memberikan pinjaman kepada orang Melayu. Orang melayu pula terpaksa meminjam dengan ceti-ceti yang mengenakan faedah yang tinggi.

Namun demikian, usaha beliau terhenti ditengah jalan. Selepas 6 bulan bank ini beroperasi, ianya dihentikan kerana tragedi yang tragis. Maarof Zakaria didapati dibunuh dan mayatnya digantung di atas pokok. Sebelum beliau dibunuh, percubaan untuk membunuhnya telah dilakukan beberapa kali. Ini diakui sendiri oleh anaknya, Datuk Mustapha Maarof.

Ini menunjukkan adanya usaha untuk menyekat kemajuan orang Melayu dan mereka mahu terus berkuasa dalam sektor ekonomi.

Antara akibat daripada dasar British itu juga telah terjadinya tragedi 13 May 1963 yang menggemparkan negara sehingga darurat terpaksa diishtiharkan. Ramai nyawa yang terkorban akibat daripada rusuhan kaum ini.

Walaupun orang Melayu semakin ditindas saban hari oleh penjajah dan warga imigran, Tun Abd Razak dengan berani cuba memperbetulkan keadaan dengan menubuhkan Felda, Mara, ITM dan Petronas.

Petronas yang diasaskan oleh Tun Razak adalah bertujuan untuk mengelakkan hasil cari gali di Malaysia  disalurkan kepada syarikat Shell oleh British. Dengan adanya Petronas, sumber ini dapat disalurkan kepada ekonomi negara. Namun, penubuhan ini juga telah mendapat tentangan oleh puak-puak kartel yang tidak mahu orang Melayu menguasai industri ini.

Pada tahun 1970, tercatat hanya 5% professional daripada kalangan orang Melayu. Namun, angkanya lebih baik pada tahun  2000 iaitu meningkat kepada 50%. Ini adalah bukti bahawa orang Melayu bukan pemalas atau tidak cerdik seperti yang digembar-gemburkan, tetapi oleh kerana dasar pecah dan perintah British telah menyebabkan orang Melayu ditolak jauh kebelakang dari awal lagi dan menyebabkan mereka tertinggal jauh dibandingkan dengan kaum lain.

Hari ni, akibat daripada dasar perkauman British itu, kaum cina telah melangkah jauh kehadapan berbanding dengan orang asal negara ini. Seperti pada zaman British, sikap tidak mahu kongsi kekayaan dan budaya menghalang kemasukan orang melayu dalam perniagaan telah menyebabkan orang Melayu tertinggal jauh ke belakang dan masih merangkak untuk terus bersaing dan terpaksa menghadapai kesukaran untuk terus bertahan dalam ekonomi.

Kartel-kartel bergerak dengan tersusun, menghalang dan membantutkan kemasukkan pemain Melayu dalam industri. Majuikan, Pernas dan banyak lagi usaha untuk memajukan orang Melayu telah banyak dihentikan dan akhirnya lingkup begitu sahaja.

Pemain Melayu dalam industri sejuk beku contohnya, menghadapi pelbagai rintangan dan usaha untuk memufliskan mereka juga telah dibuat apabila mereka cuba untuk memasuki industri tersebut.

Mana-mana peruncit Melayu pula yang mahu berniaga di pusat membeli-belah, akan diberikan lokasi yang tidak strategi, diceruk-ceruk bangunan yang kurang lalu-lintas. Ini adalah satu lagi bentuk diskriminasi yang dikenakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Selain itu, lihat sendiri kedai-kedai serbaneka seperti KK MART, 99 Speedmart dan 7-ELEVEN, berapakah peratus barangan yang dijual di kedai-kedai ini datangnya daripada syarikat-syarikat bumiputra? Sedangkan kaum bumiputera merupakan kuasa pembeli terbesar di dalam negara. Kalau tidak, mengapa banyak syarikat-syarikat bukan bumiputera dan bukan muslim menggunakan nama Islam untuk mempromosi produk mereka? Ini juga adalah salah satu usaha bagi mengelirukan dan memperdayakan pembeli-pembeli Melayu dan Islam.

Ada suara-suara yang acap kali melaungkan ‘hak sama rata’ namun adakah mereka juga bertindak samarata sebagai warganegara? Sikap tidak mahu berkongsi kekayaan, menghalang peniaga Melayu dan bumiputera untuk sama-sama masuk ke dalam industri untuk terus berkuasa, adakah ianya sejajar dengan hak sama rata yang mereka zikirkan?

Abdul Kareem Khadaied

Setiausaha Agung

Pertubuhan Sufi Antarabangsa (World Sufi Centre)

 

Yang Menarik:

Leave a Reply

Back to top button