Perbuatan mencuri adalah sesuatu yang amat ditegah dalam Islam dan kalau ikut hukum hudud, jika didapati bersalah dengan bukti serta saksi, wajib kerat tangan.
Namun biasalah.. undang-undang dan hukum Allah SWT manusia mana yang suka? Hamba yang lemah ini kadang-kala mereka fikir mereka lebih ada kuasa.
Tidak seperti zaman dahulu sebelum datang pemikiran moden, wahabi, liberal atau cintakan dunia sementara mengatasi perintah Allah SWT.
Senang cerita zaman sebelum meletusnya internet, nak buat dosa pun sorok-sorok dan fikir banyak kali kecuali gila namun orang gila pun tak buat begitu.
Tetapi kini.. sekecil-kecil dosa dianggap biasa dan sentiasa layan bisikan syaitan kononnya setiap perbuatan jahat kita takkan kantoi kalau bijak sorok.
Walau bagaimanapun, siapa kita nak menolak kuasa Allah SWT? Sekali Allah SWT takdirkan untuk kita kantoi sebagai asbab untuk benar-benar insaf, siapa kita untuk layak menyangkalnya?
Jangan pandang perbuatan imam masjid bersama AJKnya memandikan seorang pencuri tabung masjid itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Sampai ada yang minta kenapa tak serahkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu? Ada juga netizen yang beri pendapat supaya pencuri tabung masjid itu dilepaskan dengan harapan semoga insaf.
Paling dahsyat, ada yang menulis dengan tanda pagar PRDM supaya menahan imam masjid bersama AJKnya kerana melanggar hak asasi manusia (hak asasi pencuri) dengan cara memalukannya.
BACA JUGA: TV Alhijrah Bangga Tampilkan Panel Tanpa Tauliah Kepada Rakyat Malaysia?
Namun demikian, siapa tahu apa yang ada dalam hati pencuri tabung masjid itu sebelum ini? Bagaimana egonya atau mungkin ada sesuatu yang dia mencabar Allah SWT tanpa kita sedar.
“Eleh.. aku curi tabung masjid ni, confirm tak kantoi punyalah. Kalau kantoi pun lepas aku rembat semua duit jemaah, paling kurang kena mandi macam jenazah jer dek imam masjid yang tua tu.
“Lagi pun.. rakyat Malaysia kan baik hati. Boleh back up aku kalau kantoi. Au tahu masing-masing memang sokong perbuatan mencuri macam aku buat ni. Ini kemahiran tahap dewa kot,” contohnya!
Maka itu antara jalan tarbiah Allah SWT sebagai pengajaran untuk kita semua dan ada perkara yang perlu kita berpegang pada setiap hembusan nafas ini:
“Beramallah seperti kita melihat Allah SWT dan sekiranya tidak melihat Allah SWT, beramallah seperti kita tahu bahawa Allah SWT sentiasa melihat kita sebagai hambanya yang cukup kerdil.”
Cukup berpegang dengan ini, moleklah kita sebagai hamba Allah SWT dan tidaklah menjadi ancaman kepada masyarakat atau dikeji dengan perbuatan yang buruk.
BACA JUGA: Gara-Gara Tidak Sabar & Banyak Tanya, Nabi Musa Hilang Peluang Belajar Ilmu Nabi Khidir