Agama

Kenapa Bulan Rejab Dianggap Bulan Mulia? Rupanya Ini Yang Berlaku!

Semua orang pasti sudah tahu apabila masuk sahaja bulan Rejab, tidak lama lagi Ramadhan pun akan menjelma. Bagi sesiapa yang belum habis bayar puasa sudah boleh ganti semula puasa.

Pada yang tiada puasa ganti, boleh juga puasa sunat Rejab setiap hari, dan boleh lanjutkan sampai bulan Ramadhan terus. Terutama bagi warga gadis dan wanita yang nak capai cita-cita kurus sebelum raya tu, boleh la mula sekarang.

Selain daripada itu, bulan Rejab juga dianggap bulan yang mulia kerana ada beberapa peristiwa penting yang terjadi masa dalam bulan ke tujuh dalam kalendar Islam ini. Ini antara peristiwa penting yang berlaku.

  1. Peristiwa bagaimana umat Islam perlu solat 5 waktu?

Mungkin dekat sekolah dahulu, kita sudah diajar tentang perkara ini. Kenapa umat Islam perlu solat 5 kali dalam sehari. Jawapan mudahnya, ianya wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umatnya.

Solat merupakan satu aktiviti kerohanian yang istimewa yang diberikan kepada umat baginda kerana ianya gerak-gerak laku yang dilakukan oleh hambaNya untuk mempersembahkan ketaatan mereka kepada Allah yang dihimpunkan atau kolektif daripada nabi-nabi terdahulu sehinggalah ianya diserahkan kepada Muhammad s.a.w dalam keadaan yang sempurna.

Asal muasal solat ada 50 waktu semuanya. Syukur kepada rasul junjungan kita Muhammad s.a.w. kerana usaha baginda untuk berjumpa dengan Allah, turun dan naik ke langit beberapa kali supaya solat dikurangkan kepada 5 waktu daripada 50 waktu.

Perjalanan Nabi s.a.w yang bermula di Mekah sehinggalah baginda naik ke langit menaiki buraq, di Palestin,  atau lebih tepat lagi di Khubat Al-Sakhrah (Dome of Rock). Setiap lapisan langit tersebut, Rasullah telah berjumpa dengan beberapa orang nabi dan melihat peristiwa-peristiwa ajaib yang lainnya.

Peritiwa yang begitu penting kepada umat Muhammad s.a.w ini dikenali sebagai Israk dan Mikraj dimana israk membawa maksud peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari (dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa manakal Mikraj pula ialah peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah) (Kamus Dewan)

2. Peristiwa umat Muhammad diperintah untuk berpindah untuk pertama kali

Jika sebelum ni Rasullah s.a.w duduk di Mekah, selepas menerima wahyu Allah, baginda dan pengikutnya diperintahkan untuk berhijrah. Rasullah s.a.w telah memilih untuk berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) iaitu kira-kira beberapa ribu kilometer jauhnya daripada Mekah.

Tujuan perpindahan tersebut adalah kerana umat Islam menerima ancaman daripada pihak musuh, para kabilah daripada Arab Quraish.

Dalam masa yang sama juga, Islam dapat disebarkan dan umat Islam dapat membuat hubungan dua hala seterusnya berlakulah pertukaran ilmu dan sebagainya.

3. Peristiwa Baitul Maqdis bebas utk kali ke-2

Salahudin Al-Ayubi telah memenangi perang menentang Perang Salib 2 untuk menawan kembali Baitul Maqdis.

Kejayaan beliau untuk mengambil kembali kota suci umat Islam itu adalah pada masa malam yang sama berlakunya peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

4. Peristiwa penghapusan sistem khalifah Islam yang terakhir

Sistem khalifah Islam di Turki Uthmaniyah merupakan sistem khalifah Islam yang terakhir yang diwarisi sejak zaman selepas kewafatan Rasullah, dimana ianya telah diruntuhkan semasa revolusi di Turki dan juga Arab Saudi.

Wilayah Turki dan Hijaz pada masa itu berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah. Disebabkan pemerintah di wilayah-wilayah Hijaz mahu memerdekakan wilayah mereka daripada Turki Uthmaniyah, lalu pelbagai strategi dilakukan untuk meruntuhkan khalifah tersebut dimana semangat mereka diambil daripada gerakan revolusi di Turki.

Akhirnya, sistem khalifah Islam yang terakhir itu berjaya digulingkan dengan ancaman daripada Revolusi Turki dan Arab tersebut dan sistem pemerintahan di Turki telah digantikan oleh Kamal Attartuk yang telah menjadi tali barut British pada ketika itu.

Sistem pemerintahan Turki telah diubah secara total dimana Turki telah disuntik dengan pemahaman-pemahaman yang lebih liberal dalam segenap aspek di dalam negara itu.

Kesan daripada revolusi Arab pula, wilayah-wilayah di Hijaz telah disatukan sebagai sebuah negara yang kini dikenali sebagai Arab Saudi di mana pemerintahnya terkenal dengan pengamal pemikiran aliran Wahabi.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker