Agama

Kenapa Allah Jemput Rasulullah Ke Langit Sewaktu Peristiwa Israk Mikraj?

Mungkin dekat sekolah dahulu, kita sudah diajar tentang perkara ini. Kenapa umat Islam perlu solat 5 kali dalam sehari. Jawapan mudahnya, ianya wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umatnya.

Solat merupakan satu aktiviti kerohanian yang istimewa yang diberikan kepada umat baginda kerana ianya gerak-gerak laku yang dilakukan oleh hambaNya untuk mempersembahkan ketaatan mereka kepada Allah yang dihimpunkan atau kolektif daripada nabi-nabi terdahulu sehinggalah ianya diserahkan kepada Muhammad s.a.w dalam keadaan yang sempurna.

Asal muasal solat ada 50 waktu semuanya. Syukur kepada rasul junjungan kita Muhammad s.a.w. kerana usaha baginda untuk berjumpa dengan Allah, turun dan naik ke langit beberapa kali supaya solat dikurangkan kepada 5 waktu daripada 50 waktu.

Perjalanan Nabi s.a.w yang bermula di Mekah sehinggalah baginda naik ke langit menaiki buraq, di Palestin,  atau lebih tepat lagi di Khubat Al-Sakhrah (Dome of Rock). Setiap lapisan langit tersebut, Rasullah telah berjumpa dengan beberapa orang nabi dan melihat peristiwa-peristiwa ajaib yang lainnya.

Buroq: Hanya gambaran sahaja

Peristiwa yang begitu penting kepada umat Muhammad s.a.w ini dikenali sebagai Israk dan Mikraj di mana israk membawa maksud peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari (dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa manakala Mikraj pula ialah peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yang sama, berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah) (Kamus Dewan)

Tapi apa yang orang jarang dengar ialah kenapa Allah bawa Nabi Muhammad naik ke atas langit, sedangkan Allah boleh sampaikan wahyu di dunia sahaja.

Sebabnya adalah kerana Allah mahu memujuk hati Rasulullah kerana sebelum daripada peristiwa ini, Nabi baru sahaja kehilangan orang yang baginda amat kasihi & sayang, iaitu pakcik dan isteri baginda, Abu Talib, dan Siti Khadijah.

Dengan jemputan ini, Allah mahu menggembirakan hati Nabi Muhammad yang sudah berduka lara dengan memperlihatkan kebesaran Allah di langit & di bumi yang indah-indah dan seperti tidak logik jika difikirkan dek akal.

Bukan itu sahaja, Allah juga mahu memberi motivasi dan semangat kepada Rasulullah bahawa betapa hebatnya kekuasaan Allah supaya sewaktu baginda berdakwah di kemudian hari, baginda akan berasa lebih yakin kerana baginda telah melihat perkara-perkara tersebut dengan matanya sendiri tentang kekuasaannya.

Begitulah percaturan Allah yang begitu hebat dan sangat mengasihi kekasihnya serta hamba-hamba yang mengasihiNya.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button