Agama

Kenali Maksud Bidaah Sebelum Mulut & Jari Ringan Nak Bidaahkan Orang

Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun bermursyidkan Malaikat Jibril AS untuk segala perihal tentang Islam, mengapa ada segelintir pihak berani-berani menolak ajaran untuk berguru?

Kalau ada yang bertanya siapa golongan itu, bukankah golongan wahabi antara yang lantang menolak ulama dan tegas kononnya memadai jika mendalami Islam berpandukan al-Quran dan hadis semata-mata?

Sehinggakan kelompok ini berani menuduh sesiapa sahaja yang tidak sealiran mereka adalah bidaah sedangkan bidaah itu hanyalah unsur-unsur perbuatan.

Menurut Ahli Jawatankuasa Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Engku Ahmad Fadzil, bidaah boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu dari sudut bahasa serta syarak.

Dari sudut bahasa, bidaah itu bermaksud mengadakan sesuatu perkara yang dahulunya tidak ada. Tidak kisahlah sama ada bertujuan baik atau buruk mahu pun dunia atau agama.

Sementara dari segi syarak pula, ia yang memberi kesan kepada hukum dan tidak dinafikan ada para ulama ahlus sunnah wal jamaah berbeza pendekatan namun ia bukan berbeza pendirian.

Berbeza pendekatan dan berbeza pendirian adalah dua perkara yang berbeza dan sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita seharusnya pandai membezakan pertikaian ini.

Dalam erti kata lain, ada segelintir ulama mentakrifkan apa-apa sahaja yang tidak pernah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW termasuklah bermain Facebook dan makan menggunakan sudu dan garfu, maka ia adalah bidaah.

Ada para alim ulama lain pula mengkhususkan bidaah itu hanya tertakluk kepada perkara baharu yang tiada dalil dalam syarak, itu sahaja barulah dinamakan sebagai bidaah.

Walau bagaimanapun, mereka sama pendirian bahawa jika ada perkara baharu yang disokong oleh dalil atau erti kata lain tak bercanggah dengan syarak, itu tidak haram untuk dilakukan.

“Tinggal lagi ulama dengan pendekatan yang umum menamakan perkara baharu demikian sebagai bidaah yang hasanah. Kenapa bidaah? Kerana baharu.

“Kenapa hasanah? Kerana selari dengan syarak. Sementara ulama dengan pendekatan yang kedua, tidak menamakan ia sebagai bidaah langsung kerana mereka menyempitkan makna bidaah hanya kepada perkara baharu yang tidak disokong oleh dalil,” kata Engku.

Jadi rupanya para ahli ulama ahlus sunah wal jamaah sepakat pada zaman kita ada golongan yang mendabik dada kononnya mereka itulah pejuang sunnah.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker