Agama

Kemalasan Wahabi Sebabkan Banyak Amalan Jadi Syirik?

Akidah pemahaman Wahabi secara amnya membawa konsep literal dalam kaedah ajarannya tanpa adanya proses-proses mentakwilkan maksud sebenar ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Adakah mungkin kerana kemalasan mereka untuk memperbanyakkan amalan menyebabkan mereka sewenang-wenangnya mensyirikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh umat Islam yang lain walaupun ijma’ ulama membernarkan sesuatu amalan itu untuk diteruskan?

Jika diperhatikan, ajaran-ajaran yang dibawa oleh mereka ini ternyata agak lucu dan menyimpang dari akidah yang diajar oleh ahli sunnah wal jamaah.

Sebagai contoh, kita dapat lihat pemahaman ajaran mereka tentang perihal Allah bersemayam. Wahabi membawa kepercayaan tauhid bahawa Allah bersemayam di atas arasy, yang berada di atas langit sekali gus mempercayai Allah itu bertempat.

Ini adalah amat bertentangan dengan apa yang telah di ajarkan oleh akidah ahli sunnah wal jamaah dimana Allah itu tidak bertempat, tidak bersemayam, tidak duduk di mana-mana seperti makhluknya, tiada tempat yang khas baginNya kerana Allah itu boleh berada mana-mana. Ini bertepatan dengan dalil yang mengatakan bahawa

قَالَ اللهُ تَعَالَى:”لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ”.

Maksudnya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dalam apa jua bentuk sekalipun”. (Surah asy-Syura: 11)

Sesiapa yang mempercayai bahawa Allah itu bertempat, maka secara tidak lansung ianya juga mempercayai bahawa Allah itu berjisim, sama seperti makhluknya.

Bukankah ini kepercayaan kebanyakan agama-agama selain Islam seperti Hindu, Budha dan sebagainya yang menginterpretasi tuhan mereka seperti manusia dan makhluk-makhluk yang lain?

Al-Imam al-Qurtubi ada mengatakan bahawa:

“الصَّحِيْحُ تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ لِأَنَّهُ لَا فَرْقَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ عَابِدِ الصَّنَمِ”.

“Yang sahih adalah mengkafirkan mujassim kerana sesungguhnya tidak ada beza diantaranya [mujassim] di antara penyembah berhala”.

Al-Imam asy-Syafi`e juga pernah menyebut tentang hal ini:

“الْمُجَسِّمُ كَافِرٌ”.

“Orang yang menyifatkan Allah dengan jisim adalah kafir”.

Maka, ini adalah satu kepercayaan yang boleh menyimpang akidah sebagai umat Islam dan takut boleh jatuh syirik plua.

Selain daripada mempercayai Allah itu ada tempatnya, mereka juga mengamalkan amalan mentakfirkan umat Islam (menjatuhkan kafir kepada umat Islam yang lain) yang mengamalkan sesuatu amalan sewenang-wenangnya tanpa menyiasat mengapa sesuatu amalan itu dilakukan dan tidak menimbal dan meniliti adakah amalan itu benar-benar dilarang oleh syariat agama, dengan alasan amalan itu tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Salah satunya adalah amalan bertawasul. Apakah tawassul? Tawassul bermakna berdoa dengan menggunakan perantaraan. Contohnya, meminta orang-orang soleh untuk berdoa kepada Allah kerana wasilah atau darjat seseorang itu lebih mulia disisi Allah.

Tawassul juga boleh berupa membuat kebaikan dengan berdoa kepada Allah atas amal soleh yang dilakukan dapat mendekatkan seseorang kepada-Nya.

Begitu juga dengan meminta doa kepada Nabi s.a.w untuk mendoakan dirinya. Hukumnya adalah harus.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ

(Surah Al-Maidah: 5)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah ( perantara ) yang bisa mendekatkan diri kepada-Nya”.

Menurut Imam Malik rahimahullah, meriwayatkan dan berkata,

“Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab ra. masyarakat ditimpa fasa kebuluran dan kekurangan makanan, maka datanglah seorang lelaki ke makam Nabi s.a.w lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintalah hujan kepada Allah untuk umatmu, kerana mereka telah binasa. Maka datanglah Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya, kemudian bersabda, ”Datanglah kepada Umar dan sampaikan salam dariku, dan kabarkan kepadanya, bahawa mereka (umat Islam) akan diberi hujan, dan katakan kepada Umar, “Kamu harus menjaga kantong, kantong”. Maka khalifah Umar ra. menangis dan mengatakan, “Tidaklah saya mengabaikan melainkan ini adalah kelemahanku” (Buku Saku Amaliyah dan Administrasi Majelis Dzikir dan Sholawat Rijalul Ansor)

Namun, disini perlu diingatkan, untuk bertawassul ini perlu ada caranya. Perkara yang paling penting adalah niat. Iktikad mestilah mengetahui bahawa kepada siapa kita meminta pertolongan; yakni Allah, dan mengetahui bahawa dengan meminta doa kepada Nabi atau orang-orang soleh yang meninggal dunia itu hanyalah salah satu cara dan ikhtiar kerana kemuliaan mereka di sisi Allah. Sementara yang berkuasa menentukan dan memberikan manfaat atau mudarat hanyalah Allah sahaja.

Terjatuhnya syirik adalah apabila seseorang itu mempercayai roh orang meninggal dunia atau seseorang individu yang masih hidup itu akan memakbulkan doanya dan meminta pertolongan daripadanya dan bukannya meletakkan iktikad kepada Allah.

Contoh yang lain yang selalu di lakukan dalam rutin harian adalah jika sakit, seseorang itu akan makan ubat dengan tujuan supaya ubat adalah satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit namun yang menyembuhkan penyakit bukanlah ubat itu namun ianya adalah atas kekuasaan Allah semata-mata.

Perkara yang sama juga akan terjatuh syirik kalau kita mempercayai ubat itu yang menyembuhkan penyakit dan tidak meletakkan bahawa Allahlah yang sebenarnya menyembuhkan penyakit.

Jadi, mengapa tidak diharamkan sahaja makan ubat kalau benar ianya boleh menjatuhkan syirik?

Adakah kerana segelintir individu yang membuat perkara-perkara yang tidak betul terus dihapuskan sahaja amalan-amalan yang sebenarnya memberi manfaat kepada umat Islam yang lain?

Selain daripada itu, terdapat amalan-amalan lain seperti kenduri tahlil, membuat binaan di atas kubur serta Majlis Maulidur Rasul juga telah diharamkan oleh Wahabi kerana alasan semata-mata Nabi s.a.w tidak melakukan hal-hal semacam itu.

Baca juga >> Syirik Ke Kalau Buat Kenduri Tahlil?

Sesungguhnya mereka hanya menafsirkan sesuatu ayat Al-Quran dan hadis secara literal semata-mata tanpa ada tafsiran tersirat mengenai dalil-dalil tersebut. Tambahan lagi, mereka sewenang-wenangnya mengkafirkan umat Islam yang lain yang tidak bersependapat dengan mereka.

Adakah mereka sebenarnya hanya menggunakan alasan ini kerana malas untuk melakukan amalan-amalan yang lebih untuk mendapat keredhaan Allah?

الله أعلم

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker