Komuniti

Kem Empayar Mim tawar pendekatan kuasai ilmu berkuda, memanah serta bersilat!

Seramai 75 fasilitator termasuk anak-anak Melayu menjalani latihan berkuda, memanah serta bersilat menerusi program Kem Empayar Mim anjuran SSC Resources.

Pengarah SSC Resources, Nur Syuhada Kamaruddin berkata, Kem Empayar Mim melibat penyertaan daripada empat buah negeri seperti Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Kem Empayar Mim dianjurkan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 September 2022 dan disertai oleh kebanyakan anak-anak Melayu yang berusia 12 tahun dan ke bawah.

“Mereka bukan sahaja didedahkan dengan latihan berkuda, memanah serta bersilat malah berpeluang untuk belajar cara ikhtiar hidup, bina jati diri serta bermacam-macam lagi,” katanya kepada Demi Malaiu.

Nur Syuhada yang juga merupakan salah seorang pengasas Kem Empayar Mim yang diadakan di Kuantan baru-baru ini amat bersyukur kerana program yang dianjurkan berjaya mencapai objektifnya.

Ujar Nur Syuhada, selain Masjid Nurussaadah, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur memberi kerjasama, Persatuan Ekskavasi dan Akreditasi Warisan Malaysia (Pedawam) turut menyokong Kem Empayar Mim.

“InsyaAllah jika tiada halangan, Kem Empayar Mim akan terus dirancang dengan edisi yang seterusnya agar lebih ramai anak-anak Melayu akan menikmati manfaatnya,” kata Nur Syuhada.

Untuk sebarang makluman lanjut, juga boleh lawatan Facebook Page Sunnah Berkuda yang diuruskan SSC Resources.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button