Isu Semasa

Kem Empayar Mim Didik Anak-Anak Melayu Kuasai Ilmu Berkuda & Memanah!

Komuniti manusia yang paling bijak adalah sentiasa persiapkan diri dengan segala kemungkinan termasuklah cara-cara untuk meneruskan survival jika musibah melanda atau berada dalam suasana luar jangka.

Tidak mahu anak-anak Melayu yang kian membesar kosong dadanya dengan ilmu-ilmu sebegini, SSC Resources tampil memperkenalkan Kem Empayar Mim yang penuh dengan ilmu-ilmu eksklusif.

Dengan RM550, peserta Kem Empayar Mim yang berusia 10 hingga 15 tahun akan disuntik jiwanya untuk menjadi seorang pejuang Melayu dan Islam bermula 3 hingga 5 September 2022.

Bagi ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja namun tidak mahu anak masing-masing hilang jati diri, menghantar anak menyertai Kem Empayar Mim adalah langkah yang tepat.

Menerusi Kem Empayar Mim, anak-anak akan diberi pendedahan untuk menguasi ilmu berkuda, memanah, berenang, bersilat, solat berjemaah sertai lain-lain ilmu bermesra dengan alam.

Program akan berlangsung di Kampung Cherok Paloh, Kuantan, Pahang dan dengan yuran pendaftaran RM550, ia merangkumi penginapan, makan minum, baju t-shirt, tanjak, semutar dan beg eksklusif.

Para ibu bapa yang bekerja di ibu kota juga tidak perlu risau untuk menghantar anak ke sana kerana perjalanan ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pahang adalah termasuk dalam pengurusan pihak penganjur.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Kem Empayar Mim? Hubungi admin di talian 011-39066936 (Admin) atau klik sahaja pada link Pendaftaran Kem Empayar Mim Ini.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu