Sejarah

Kecoh! Natrah Dimurtadkan Ibu Bapa Kandung Setelah 8 Tahun Peluk Agama Islam

Pada tarikh 24 Mac 1937, seorang anak Belanda, Huberdina Maria Hertogh telah dilahirkan dalam Kepulauan Melayu di Bandung dalam sebuah keluarga Katolik dan dibaptiskan dalam tahun yang sama.

Bapanya, Adrianus Hertogh merupakan seorang sarjan dalam angkatan tentera Belanda manakala ibunya, Adeline pula merupakan seorang Serani berketurunan Scotland dan dibesarkan di Jawa.

Disebabkan Adrianus dan Adeline dikurniakan ramai zuriat, Huberdina diserahkan kepada Che Aminah pada usia lima tahun sekali gus menjadi ibu angkat yang menjaga Huberdina dengan penuh kasih sayang.

Dari segi status, Che Aminah bukanlah seorang wanita Melayu yang biasa-biasa sebaliknya Che Aminah cukup terkenal sebagai peniaga barang kemas serta penterjemah kepada askar Jepun.

Huberdina Menjadi Natrah, Berpegang Kepada Agama Tauhid

Di bawah penjagaan Che Aminah dan keluarga angkatnya, Huberdina diasuh cara Islam, diberi nama sebagai Natrah dan hidup aman bersama orang-orang Melayu.

Mengimbau zaman penduduk Jepun, Adrianus ditahan askar Jepun selama beberapa tahun dan selepas dibebaskan, Adrianus membawa semua keluarganya pulang ke Belanda dan meninggalkan Natrah.

Sekitar tahun 1940-an pula, suasana agak tegang kerana di Bandung, orang-orang Indonesia sangat bencikan penjajah dan disebabkan perkara itu, penghijrahan perlu dibuat.

Mak dan ayah kandung Natrah sejak awal-awal lagi balik ke tanah air mereka iaitu Belanda dan takkan gadis kecil seusia Natrah pada masa itu mahu ditinggalkan sendirian di Bandung.

Maka keluarga Che Aminahlah yang mengambil tanggungjawab untuk menjaga Natrah sebaik-baiknya untuk tempoh yang cukup akrab membentuk hubungan ibu dan anak.

Natrah Dibotakkan & Dilumur Minyak Hitam

Usaha Che Aminah dan keluarganya mahu membawa keluar Natrah dari Bandung ke Kelantan bukanlah mudah kerana terdapat banyak halangan yang tak disangka-sangka.

Natrah terpaksa dibotakkan kepala dan dilumurkan minyak hitam ke seluruh badan untuk menyembunyikan identitinya sebagai seorang kanak-kanak ‘berkulit putih’.

Bukan Kerana Agama, Sebaliknya Egois Penjajah Belanda

Pada usia 13 tahun, keluarga kandung Natrah tiba-tiba mahu mengambil semula Natrah sedangkan selama ini bertahun-tahun Natrah diabaikan.

Setelah berlawan dengan undang-undang Belanda dan pelbagai desakan luar, Natrah diambil semula oleh keluarga kandungnya lalu memurtadkan semula Natrah.

Natrah hidup dalam keadaan penuh trauma selepas dimurtadkan dan kisah ini terjadi bukan disebabkan pembelaan agama oleh penganut Katolik sebaliknya mahu menunjukkan sisi egois penjajah Belanda.

➡️ KLIK SINI: Sertai Group Whatsapp Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker