Isu Semasa

Kecam Teruk! Perarakan Pakaian Beragam (Cosplay) PAS di Terengganu,Tapi Senyap Perarakan LGBT?

Jika pemimpin pakatan sebelum ini mengecam perarakan anjuran PAS di Terengganu, pendirian mereka terhadap perhimpunan kumpulan berbendera pelangi di ibu negara baru-baru ini.

Perarakan Februari lalu yang melambangkan sejarah tamadun Islam dikhuatiri mempunyai unsur keganasan, sebaliknya membawa bendera pelangi yang menjadi lambang perjuangan Barat  dijulang pula , dahlah amalan songsang yang dibawa?

Setakat ini, pemimpin pakatan yang marah membidas perarakan di Terengganu masih berdiam diri dan tidak mengulas mengenai perarakan bendera pelangi LGBT di ibu kota kita pada  12 Mac yang lalu.

May be an image of 1 person and text that says '県 WOMEN'S MARCH 2023 12TH MARCH 2023, SUNDAY 10AM STARTING AT SOGO'

Cuba fikirkan Perarakan LGBT di hadapan kompleks Sogo ke Dataran Merdeka, jauh tu dengan membawa sepanduk mereka. Lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Bride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi.

Mereka secara terang-terangan membawa sepanduk dan bendera pelangi sebagai tanda sokongan kepada golongan LGBT.

“Mereka berani mendedahkan pendirian mereka dengan jelas malah diwajahkan dengan ucapan-ucapan dan persembahan seperti filem Mentega Terbang sebelum ini,” katanya.

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya berkata,, kumpulan LGBTQ itu bergerak dengan jarum yang cukup halus dan sedang cuba menyerap masuk dalam masyarakat dengan membunuh rasa sensitiviti terhadap kesongsangan tersebut.

The marching in of the Marang contingent during the HIMPIT 2023 event : r/malaysia

Sememangnya, apabila pelbagai dakwaan polis sebelum ini difailkan terhadap penganjur program Himpunan Belia Islam Terengganu (HIMPIT 2023), ironinya pihak tersebut tidak pula bertegas dalam kontroversi Perarakan Hari Wanita bertukar himpunan LGBTQ ? cerita apa pula ini?

Dengan dua pandangan berbeza mengenai isu tersebut, mengapa kita bimbang perarakan yang melambangkan tamadun Islam yang tidak membawa unsur keganasan, tetapi  perhimpunan bendera pelangi pula bagaimana? ada lesen besar ke buat perhimpunan ini.

“Antara fokus yang diterapkan dalam pelan transformasi al-Falah adalah mengenai kemuliaan syariah menyentuh konteks perundangan dan kehakiman Islam. Kita melihat suatu perkembangan yang berlaku pada ini adalah perkembangan golongan LGBT.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan kerajaan tidak menyokong usaha untuk mempromosi gaya hidup songsang, ia selepas kontroversi perhimpunan di ibu kota baru-baru ini.

“Sebarang usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Baca Juga : penyebaran-bahan-promosi-lgbt-negara-sekular-perlu-diambil-tindakan

MISI CAPAI 100,000 LIKE 

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

 

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button