Agama

Kaum Luth Yang Dilaknati Bangga Menjelma, Akhir Zaman Sedang Berasimilasi!

Sebelum memasuki era 2010, kewujudan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender atau kecelaruan jantina (LGBTQ) ibarat kisah terpencil dan yang punya kuasa ketika itu tidak menjalankan sebarang penguatkuasaaan.

Dek kelalaian segelintir mereka bersama kuasa dan hanya fokus pada jawatan dan kedudukan ekonomi, hal akidah masyarakat Malaysia gagal dibentuk secara nasional dan akar umbi mengalami kerosakan yang serius.

Disebabkan itulah menjelang tahun 2020 dan sehingga kini, golongan LGBTQ semakin berani menjelmakan diri mereka dengan bangga dan tanpa segan silu mempromosikan nafsu mereka dalam media sosial.

Permasalahan akidah ini ternyata satu perkara yang serius namun belum ada mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen menjadi hero dalam Dewan untuk menghapuskan permasalahan ini secara total.

Masing-masing kecut ibarat telur sedang dipicit dan lantang menegaskan, ada hati manusia yang perlu dijaga dan tak usahlah timbulkan provokasi atau desakan yang menimbulkan perbalahan.

Ada sahaja niat begini dalam hati seorang pemimpin, baik yang terlafaz atau sekadar terlintas, bukankah mereka jelas tidak menjaga hati Allah SWT? Bukan mereka sendiri telah membuat provokasi kepada sang Pencipta?

Maka apa alasan pemimpin masyakarat yang diberi izin Allah SWT untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan untuk memperbaiki masalah yang kian kecundang dan memusnahkan tamadun manusia.

Golongan LGBTQ tahu mereka mungkin ada ‘back up besar’ serta janji Allah SWT tentang kejadian syurga serta neraka juga mungkin tidak terkesan bagi mereka.

Disebabkan itu jugalah apabila kes ini dibawakan ke peringkat tertentu dalam dunia yang sementara, mereka mungkin boleh memperolehi kemenangan kerana pelbagai faktor.

Ada ‘askar-askar’ yang sealiran dengan kumpulan ini secara terbuka mungin menolak undang-undang berlandaskan Islam, teguh mempraktikkan undang-undang yang dicampuri pemikiran Barat.

Cuba menjatuhkan hukum ke atas budu, belacan dan durian tetapi hakim melihat dan mengkaji kes bagaimana pizza atau burger dibuat lalu dibicarakan di kedai kopi dalam kawasan kampung.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker