Isu Semasa

Karnival Pembangunan Komuniti Budaya & Warisan: Pertandingan Ikat Samping Jadi Tumpuan!

Selepas berakhirnya musim perayaan Aidilfitri, banyak NGO tampil mengadakan program bercorak kebudayaan dan warisan untuk memberi pendedahan kepada generasi hari ini.

Selain memberi pendedahan, program komuniti bercorak demikian bertujuan memberi peluang kepada bangsa Melayu moden untuk melaram dengan busana masing-masing.

Untuk merealisasikan hasrat orang ramai, penganjuran Karnival Pembangunan Komuniti Budaya dan Warisan Bersama Walid Ibrahim Almalik menjadi penyempurnanya.

Selain menganjurkan rumah terbuka, Karnival Pembangunan Komuniti Budaya dan Warisan Bersama Walid Ibrahim Almalik turut menyajikan pelbagai aktiviti.

Antaranya, pertandingan ikat samping oleh peserta cilik dan dewasa, sesi bual bicara, gerai-gerai jualan dan pameran berkait dengan Melayu yang disertai pelbagai NGO.

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker