Sejarah

Kapal Bangsa Melayu Digelar Penggegar Dunia Oleh Portugis

Siapa sangka, kehebatan bangsa kita dalam pembinaan kapal pada zaman dahulu dipandang tinggi oleh ketamadunan dunia kerana teknologi yang terdapat pada kapal itu sendiri.

Kapal bangsa Melayu ini lima kali lebih besar daripada kapal yang ada pada zamannya sehingga ia digelar oleh ‘Portugis sebagai Espanto del Mundo’ bermaksud ‘Penggegar Dunia’. 

Hal ini demikian kerana dengan kearifan watan orang-orang Melayu, dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, maka terbinanya kapal yang gah dalam alam Melayu.

Lebih dahsyat, kemegahannya kapal ini sehinggakan apabila ia lalu di tengah-tengah lautan bersama kapal-kapal kecil, seluruh kapal di sekelilingnya akan goyah seperti dilambung ombak.

Selain daripada itu, pedagang dan utusan luar yang mencemar duli ke pelabuhan Melaka, pasti mereka akan berpeluang melihat kapal ini walaupun jaraknya antara seluas lautan.

Apabila pulang ke tempat asal mereka, nescaya kisah kehebatan dan keunggulan kapal bangsa Melayu ini akan diperkatakan dan menjadi bahan bualan masyarakat setempat

Kapal yang di maksudkan adalah kapal Mendam Berahi yang menjadi lambang keagungan Alam Melayu dan kemegahan Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu. 

Mendam Berahi ini sebuah kapal jenis jong dan kapal gali kerajaan yang dimiliki oleh Sultan Mansur Syah, dimana era pemerintahannya digelar sebagai ZAMAN KEEMASAN MELAKA.

Menurut Pengerusi Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, Prof Datuk Wira Dr Hj Mohd Jamil Mukmin, kapal Mendam Berahi telah dibina oleh tukang-tukang kapal daripada bangsa Melayu.

“Kapal mendam berahi ini sebuah kapal yang besar yang telah dibina oleh tukang-tukang kapal daripada orang Makassar dan Bugis kerana di Melaka ada tempat pembinaan kapal yang besar sehinggalah ke hari ini” katanya.

Bahtera Mendam Berahi ini dibina pada tahun 1453 dan dikendalikan di bawah kuasa Laksamana Hang Tuah semasa beliau mengembara 14 buah negara dan bandar. 

Hang Tuah menggunakan kapal ini untuk berlayar ke negara asing untuk menjalinkan hubungan diplomatik, perdagangan peminangan dan pengangkutan awam.

Dato Laksamana Hang Tuah berlabuh ke siam bersama kapal Mendam Berahi untuk membeli gajah dan ajaibnya kapal ini mampu memuatkan 20 ekor gajah dalam satu-satu masa.

Anda boleh bayangkan betapa besarnya kapal Mendam Berahi yang gah ini yang panjangnya ialah 328 kaki dan lebarnya pula 36 kaki.

Ditambah lagi ianya diketuai ‘Hulubalang’ termasyur Melaka yakni Dato Laksamana Hang Tuah setiap kali ia berlayar menyusuri lautan.

Biarpun bahtera ini sudah tiada untuk kita melihat dengan pancaindera tetapi banyak dokumen berkaitan dengannya yang masih kita boleh perolehi dan tersimpan dalam lipatan sejarah.

Kehebatan inilah, sejarah inilah yang cuba dilenyapkan atau diubah oleh pihak yg tak bertanggungjawab kerana mereka gerun dengan kebangkitan serta keupayaan kita.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker