Isu Semasa

Kampung Baru Dihiasi Manakala Melayu Bandar Semakin Sengsara

Ramai yang sinonim dengan Kampung Baru di Kuala Lumpur sebagai pusat penempatan bagi  Kaum Melayu di tengah-tengah ibu negara. Namun demikian tidak begitu ramai yang arif tentang  77 buah kampung baru yang wujud di negeri Selangor, dan sejak tahun 2009 telah mendapat  peruntukan secara konsisten untuk membaiki, menyelenggara dan mencantikan keadaan di  kampung-kampung ini.  

Secara umumnya kini terdapat lebih 600 kampung baru. Pada asalnya kampung-kampung baru  ini telah ditubuhkan di bawah Rancangan Briggs dari 1948-1960. Dalam tempoh 12 tahun  tersebut sebanyak 382 buah kampung baru telah didirikan.  

Kampung baru ini telah ditubuhkan rata-rata untuk menempatkan penduduk cina di Tanah Melayu  pada ketika itu dari kawasan yang jauh daripada gangguan komunis. Terdapat dua sebab utama  yang mempengaruhi polisi pembinaan kampung baru, yang pertama adalah keselamatan bangsa  cina daripada serangan komunis, yang kedua pula adalah menjauhkan bangsa cina daripada  pengaruh komunis kerana dikhuatiri mereka akan menyertai gerakan tersebut. 

Pada ketika itu kampung-kampung ini berjaya mengekang anasir komunis dari menular di  kalangan masyarakat Cina di negara ini. Namun, pada 2hb Februari baru-baru ini, Nga Kor Ming  yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan agar, kampung kampung baru ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Akibatnya, kampung baru yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco tidak akan  menjalani pembangunan baru. Ini dibuat untuk mengekalkan keadaan sesuatu tapak itu dalam  keadaan asalnya tanpa mengubah budaya dan pembinaan yang wujud.  

Malahan UNESCO juga akan memberikan bantuan kewangan kepada negara yang mempunyai  tapak-tapak ini. Bantuan ini adalah untuk mengekalkan tapak-tapak ini dalam keadaan asal tanpa  membawa perubahan yang boleh mengubah rupa bentuk binaan yang ada. 

Ini secara sendirinya akan mengekalkan kampung-kampung baru ini untuk kekal di dalam  keadaan sedia ada tanpa diubah. Selain itu, sekiranya usaha pemula ini berjaya, kejayaan ini akan  menggalakkan kampung-kampung baru yang lain untuk turut dicalonkan sebagai Tapak Warisan  Dunia UNESCO. 

Baca juga>> Orang Melayu Perlu Bersungguh Sokong Produk Bumiputera Kalau Tak Nak Pupus Nanti

Apabila perkara ini berlaku, maka secara otomatis kerajaan tidak boleh membangunkan kawasan  tersebut. Sekiranya kerajaan masih berdegil untuk membangunkan kampung-kampung ini tanpa  mengikut aturan dan tatacara yang ditetapkan, maka status Tapak Warisan Dunia UNESCO akan  dilucutkan, serta wang penyelenggaraan juga akan dikurangkan. 

Ini tidak termasuk tekanan politik dan media yang bakal dikenakan kerana “memusnahkan” Tapak  Warisan Dunia UNESCO.  

Apa yang lebih menakjubkan adalah, bahawa tanah-tanah ini bukanlah hasil belian mereka namun  merupakan tanah kurniaan Sultan Selangor, yang diberikan melalui kerjasama dengan pihak  British demi kelangsungan usaha membanteras gerakan komunisme sewaktu darurat pertama dari tahun 1948-1960.  

Dalam usaha ini, dikatakan sekitar 400,000 orang Cina terlibat dalam usaha pemindahan semula  pada ketika itu. Kini penduduk di kampung-kampung baru adalah di sekitar 1.2 juta orang di mana  85% adalah berbangsa Cina. 

Ternyata tindakan untuk mewartakan kampung-kampung baru sebagai Tapak Warisan Dunia  UNESCO hanya memberi manfaat kepada penduduk di tanah dan rumah di kampung-kampung  baru yang terlibat, mereka bakal mendapat “perhatian” kerajaan dan dunia untuk mengekalkan  “warisan”. 

Mereka tidak boleh dikatakan sebagai pemilik kerana tidak pernah pun kerajaan menjual atau  memindahkan hakmilik tanah tersebut kepada penduduk kampung baru.

Apakah terdapat usaha yang sama untuk mewartakan kawasan perkampungan tradisional Kaum  Melayu yang terang-terang merupakan hak milik umat Islam di negara ini sebagai Tapak Warisan  Dunia UNESCO oleh pemimpin-pemimpin kita?

Menarik: Pribumi Melayu Bakal Jadi Pendatang Di Bawah UNESCO I Kampong Baru Cina Tanah Warisan Negara?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker