Tular sebuah klip video pendek berdurasi 13 saat yang didakwa di ambil di sebuah hotel di negara China yang dikatakan telah membina lantai jubin menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Mengikut paparan video berkenaan terlihat di atas lantainya tertulis seluruh Kalimah Tayyaba dan beberapa ayat serta nama-nama Allah. Dalam perkongsian yang dilakukan itu, video itu juga dilihat seolah-olah sedang melakukan provokasi dan penghinaan kepada Nabi ﷺ dan Al-Quran.
Video yang dipost kelmarin oleh pemilik akaun tiktok _iam hy enterprise dengan mengesyaki pemilik hotel ini telah menghina agama Islam dan menyasarkan kehormatan orang Islam.
Dalam sisipannya, beliau turut menyeru semua umat Islam untuk melihat dengan serius tentang perkara tersebut.
Di Aplikasi Whatsapp melalui perkongsian video yang serupa juga semakin tular dan turut disertakan bersama beberapa seruan kebangkitan bagi mengecam penghinaan yang dibuat pihak yang biadap dan tidak bertanggungjawab tersebut.
“Wahai umat Islam, bangunlah, fikirkan tentang agama kamu dan buatlah protes. Larang dan tangkap pemilik ini agar tiada orang bukan Islam dan asing boleh biadap begini lagi.”
Jika kamu masih tidur, maka tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah. Kongsikan video ini agar sampai kepada semua umat Islam sedunia.
Justeru, Kedutaan China di Malaysia sepatutnya perlu segera mengeluarkan kenyataan mengecam perbuatan dan tindakan tersebut dan Kementerian-Kementerian yang terlibat wajib bertanggungjawab termasuk memainkan peranan serta lebih cakna agar isu ini tidak menjadi asbab kepada perpecahan dan rusuhan kaum di negara ini.
Siasatan juga perlu segera dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu penghinaan terhadap agama yang saban hari semakin rancak dilakukan di negara ini dan di seluruh dunia dari pelbagai sudut.
Dari apa yang berlaku, wajarkah kita mempersoalkan apakah Kerajaan Malaysia mampu buat jika agama Islam di hina sebegitu rupa?
Source Video:
Source Tik Tok VIdeo: https://www.tiktok.com/@_iam_hy_/video/7248188074033810706