Golongan perubatan moden dari Barat menafikan kemampuan ketum sebagai penawar malah ia dianggap sebagai racun bagi segelintir pihak.
Namun bagi orang-orang Melayu yang mempertahankan kehebatan herba-herba di alam Tanah Melayu ini, ketum itu sekadar bahan untuk dijadikan ubat.
Maka pendapat mereka kalau nak dibandingkan ketum dengan ubat-ubat moden sedia ada, ketum telah wujud terlebih dahulu dan sebati dengan alam.
Oleh sebab wujudnya industri perubatan moden dan ketum pula boleh tumbuh serta kalau ingin memetiknya, tiada bayaran dikenakan, sudah tentu ia memberi saingan kepada perubatan moden.
Hal ini demikian kerana ada pihak yang berpendapat wujudnya perubatan moden sebagai asas kepada industri kesihatan dan pelanggan harus menyerahkan wang.
Walaubagaimana pun, pertikaian mengenai ketum termasuk herba-herba lain ini takkan ada kesudahan selagi mana ia cuma dipertahankan golongan ‘hampir pupus’.
Oleh itu, Perbincangan Rakyat Demi Melayu kali ini mengangkat isu dan persoalan apakah status sebenar ketum ini? Adakah ia benar-benar penawar atau sah racun merbahaya?
Klik link ini untuk sertai group Demi Malaiu dan dapatkan info secara terus daripada kami.