Sejarah

Johor Tak Pernah Dijajah Kerana Bangsanya Dijaga Sang Harimau ‘Dengkes & Tepok’

Singkatan JDT bukanlah merujuk kepada perkataan Johor Darul Takzim semata-mata sebaliknya ia juga dikait dengan pasangan harimau yang diberi nama Dengkes dan Tepok.

Maka apabila digabungkan perkataan Johor – Dengkes – Tepok, terhasillah singkatan JDT dan ia disebut-sebut sehingga ke hari ini merujuk kepada negeri selatan iaitu Johor.

Sekiranya melihat jata negeri Johor yang lama, pasti ramai yang perasan akan imej dua ekor harimau yang diletakkan pada sebelah kanan dan kiri.

Untuk pengetahuan ramai, harimau yang berada di sebelah kiri diberi nama Dengkes manakala sebelah kanan pula digelar sebagai Tepok sekali gus menggambarkan rupa sebenar harimau selatan.

Merujuk glosari Johor, Dengkes membawa maksud pendek pada salah satu kaki sama ada pada manusia atau haiwan dan jika diamati pada jata negeri Johor, memang Dengkes kakinya pendek sebelah.

Dalam kamus, tepok membawa maksud lumpuh namun dalam kes ini, Tepok dikatakan tempang kakinya dan jika diperhatikan kepada canggai harimau di sebelah kiri, hanya terdapat tiga kuku sahaja.

Berbanding kebiasaannya canggai harimau perlu ada empat kuku dan menurut lagenda, Dengkes dan Tepok jadi begitu kerana ada berbuat salah kepada Sultan Mahmud (1685 – 1699).

Sultan Mahmud yang juga merupakan Sultan Johor ke-10 dikatakan menghukum Dengkes dan Tepok dengan memukul kaki kirinya dan menyebabkan ianya tempang.

Harimau-harimau ini dikatakan adalah penjaga kepada negeri johor dan kerana itulah jata negeri johor sehingga sekarang masih mengekalkan harimau sebagai salah satu elemen dalam jata negeri mereka.

Namun cerita Dengkes dan Tepok ada banyak versi lisan sehingga ke hari ini namun iktibar yang boleh diambil adalah semangat harimau kekal dalam negeri membentuk bangsa Johor yang berani.

Berikut adalah versi cerita lisan yang cukup popular apabila dikaitkan dengan Dengkes dan tepok sehingga ke hari ini:

  1. Dengkes dan Tepok pernah bertarung selama tujuh hari tujuh malam dengan seorang pendekar dan ditakdirkan dalam pertarungan itu, Dengkes dan Tepok kalah. Dek kerana kekalahan itu, Dengkes dan Tepok diminta untuk menjaga negeri Johor sehingga akhir hayat.
  2. Kononnya semasa Sultan Muzzafar Shah (1546 – 1570) ingin membuka Kota Seluyut di Kota Tinggi dan semasa kerja-kerja pembukaan itu, Sultan Muzzafar Shah melihat seekor ibu harimau sedang melahirkan dua ekor anak dan itulah Dengkes dan Tepok yang dibela selepas kematian ibunya.
  3. Dengkes dan Tepok dikatakan masih hidup di alam ‘sebelah’ dan akan muncul setiap kali pertabalan sultan Johor yang baharu.

Apa pendapat anda tentang cerita Dengkes dan Tepok ini? Kongsikan artikel ini jika anda anak Johor dan bangga dengan kalimah JDT yang sentiasa terpahat di hati!

➡️ Sertai Group Whatsapp Viral Sana Sini

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button