Sejarah

Jika Ada 10 Orang Leftenan Adnan, Tanah Melayu Tak Akan Jatuh Pada Jepun- Jeneral Yamashita

Ungkapan yang dilafazkan oleh Jeneral Yamashita, tentera Imperial Jepun pada Perang Dunia ke-2, digelar sebagai Harimau Malaya, ditugaskan untuk menjaga Malaya dan juga Singapura, telah mengatakan bahawa jika adanya 10 orang seperti Leftenan Adnan, maka Tanah Melayu tidak akan jatuh ke tangan Jepun.

Jeneral Yamashita yang terkenal dengan operasinya menggunakan basikal telah mengelilingi Tanah Melayu pada waktu itu untuk memudahkan perjalanannya.

Ungkapan daripada Jeneral Yamashita ini amatlah benar dan beliau benar-benar merasai semangat juang Leftenan Adnan pada ketika itu.

Jeneral Yamashita

Namun, sedih, ramai generasi sekarang tidak mengenali beliau sebagai salah satu pejuang negara dan ada pula yang menuduh beliau sebagai pengkhianat negara.

Tuduhan pengkhianat negara itu amatlah berat untuk diletakkan ke atas seorang individu yang telah berhempas pulas dan mengorbankan jiwa dan raganya untuk negara hanya kerana mereka tidak memahami fakta sebenar.

Fitnah yang dilemparkan kepada beliau tercetus kerana adanya salah anggap sesetengah masyarakat di mana mereka menyangkakan bahawa Leftenan Adnan berkhidmat untuk pihak British, bukan untuk negara.

Tanggapan ini amatlah salah kerana askar rejimen Melayu walaupun ianya dibiayai oleh British, namun penubuhan organisasi ini adalah arahan daripada raja-raja Melayu itu sendiri.

Sebagai wakil pentadbir raja-raja Melayu, pihak British perlu akur dengan keperluan atau arahan yang dikeluarkan oleh mereka dan pembiayaan disalurkan oleh pihak British itu sendiri.

Maka dengan itu, askar-askar rejimen Melayu itu tidaklah berkhidmat untuk British, mereka hanya dibiayai oleh pihak British yang telah membuat perjanjian dengan pihak Raja-raja Melayu pada ketika itu.

Pengorbanan yang dilakukan oleh Leftenan Adnan itu ternyata kerana mempertahankan untuk negara dan tidak sama sekali untuk kepentingan British.

Jika tidak, mengapa beliau beria-beria berlawan dengan askar-askar Jepun yang pada ketika itu berjumlah 800 orang yang diarahkan untuk menyerang kumpulan Kompeni C Leftenan Adnan yang hanya berjumlah 42 orang sahaja.

Walaupun askar Melayu berjuang bermati-matian, namun akhirnya mereka tewas juga di tangan musuh. Tentera Jepun kemudiannya berjaya menangkap Leftenan Adnan yang cedera parah lewat petang 13 Februari 1942.

Disebabkan semangat juang Leftenan Adnan dan rakan-rakannya, tentera Jepun menzahirkan ketidakpuasan hati mereka, lalu segera menangkap Leftenan Adnan setelah askar rejimen Melayu telah tewas.

Leftenan Adnan dipaksa masuk ke dalam guni sebelum digantung terbalik pada pokok dan diikat dengan bayonet hingga mati. Orang Jepun kemudiannya melarang askarnya untuk menurunkan mayat Adnan daripada pokok tersebut.

Namun, setelah Koperal Yaakob, rakan seperjuangan Leftenan Adnan yang terselamat dalam peperangan itu, telah berjaya melarikan diri ke Temerloh, menceritakan kejadian tersebut kepada pusat pertahanan di situ.

Sehari selepas itu, sepasukan tentera daripada Temerloh telah datang untuk melihat kawasan kejadian dan menjumpai mayat Leftenan Adnan dan mengebumikan beliau bersama dengan rakan-rakannya yang telah mati syahid.

Jika benar beliau berkhidmat dengan British, tidak mungkin beliau bermati-matian berjuang hingga ke titisan terakhir, manakala askar upahan British pula telah lari meninggalkan askar-askar Melayu yang lain, sebaliknya British hanya datang semula ke Tanah Melayu setelah Jepun mengundurkan diri daripada Malaya.

Inikah figura yang katanya mengkhianat negara, bangsa dan negara? Dibunuh dan digantung terbalik mayatnya kerana mempertahankan negara daripada pihak musuh setelah bermatian melawan mereka? Adilkah kita untuk menghukum sedemikian?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker