Sekumpulan jemaah umrah tergamam melihat ramai perempuan termasuk wanita berhijab naik gila cuba mengejar artis Korea, Park Seo Joon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Dalam satu video yang tular, ramai netizen berpendapat dunia sudah berada pada fasa akhir zaman kerana baru sahaja godaan aras rendah yang muncul, namun bilangan wanita yang tewas bukan seorang dua.
Ada yang berpendapat bahawa dajjal al-masih itu buruk wajahnya apabila sudah kantoi tentang siapa dirinya selain hanya orang-orang yang mengenali tanda-tanda itu sahaja yang tahu.
Bayangkan kalau dajjal itu tampil dengan wajah yang kacak pada awal kemunculannya untuk meraihkan rasa bahagia pada mereka yang hatinya kurang iman kerana tidak diasuh untuk sentiasa berzikir.
Agak-agak.. apakah kita yakin orang-orang yang berada di sekeliling kita mampu menangkis dugaan dan fitnah yang dibawa jika dalam ingatan pun, langsung tiada ingatan tentang surah al-Kahfi misalnya.
Video di bawah ini adalah satu sejarah, pembuktian, realiti bahang kerosakan jati diri dan akidah itu semakin membiak dan artis Korea itu, Park Seo Joon bukannya ada tauliah untuk memberi hiburan dalam negara ini.
Cuma biasalah.. apabila sistem telah memisahkan agama daripada kehidupan, semuanya jadi sekular dan liberal sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Saksikanlah gelagat anak-anak gadis kita termasuk wanita berhijab yang dipercayai berketurunan Melayu dan beragama Islam yang sanggup membuang rasa malu demi mengejar bukan seorang ulama.
@demi_malaiu Baru Park Seo Joon datang, wanita berhijab pun tewas. Bayangkanlah macam mana gaya bila dajjal muncul dengan wajah lebih kacak, lagu lebih rancak!