Isu Semasa

Jangan Terbang Dron Pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Jika anda menerbangkan dron sendiri pada acara sambutan Hari Kebangsaan 2022 di sekitar Dataran Merdeka, anda berpotensi mendapat susah besar.

Di bawah Peraturan 206(3) MCAR 2016, seseorang individu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala satu-satu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM100,00 jika menerbangkan dron tanpa kelulusan.

Ini merupakan larangan yang dikelurkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi hantaran di Facebook rasmi mereka.

Larangan ini adalah begi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam atau risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan sambutan.

Sebarang pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Arahan Penerbangan Awam Civil Aviation Directives (CADs).

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker