Sejarah Revolusi Sosial 1946 menyaksikan pembunuhan sultan-sultan Melayu yang berkedudukan di Sumatera.
Semasa Malaya sedang berjuang mempertahankan kedaulatan raja dan tanahnya daripada idea pembentukan Malayan Union, para sultan di Sumatera telah dibunuh oleh puak-puak komunis yang cuba merampas wilayah itu.
Puak pro-komunis telah lama merancang untuk menghapuskan sistem beraja dan menggantikannya dengan sistem komunis.
Rancangan mereka telah lama dirancang dan telah menghebahkan propaganda mereka kepada orang ramai, lalu mendapat sokongan lebih-lebih lagi daripada penduduk pendatang.
Sultan-sultan Sumatera bukan sahaja dibunuh dengan kejam, puteri-puteri baginda juga diperkosa di hadapan mata baginda sendiri.
Selain daripada komunis, parti-parti pergerakan yang lain juga telah menyebabkan perkara ini terjadi disebabkan persepsi mereka bahawa sultan-sultan Melayu Sumatera ini telah bekerjasama dengan pihak Belanda dan melabel baginda sebagai pembelot tanah mereka.
Revolusi Sosial Sumatera merupakan satu peristiwa yang berdarah dimana semua sultan-sultan Melayu di Sumatera dihapuskan dan disebabkan oleh itu juga, ramai orang melayu cuba untuk menyembunyikan identiti mereka sebagai etnik Melayu kerana takut mereka akan diapa-apakan.
Revolusi ini tercetus adalah disebabkan oleh isu-isu yang menjadi tegang antara pelbagai pihak seperti pihak komunis, pihak dari Belanda dan juga sultan-sultan.
Salah satu faktornya juga alah keran kepentingan peribadi dan juga persepsi serong yang antara pelbagai pihak.
Maka oleh itu, perkara ini sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia kerana seharunya isu-isu dan faktor seperti ini haruslah ditangani dengan sebaik mungkin supaya pertumpahan darah tidak berlaku.
Institusi beraja perlu dipertahankan kerana raja adalah pelindung kepada rakyatnya.
Sikap memencilkan diri daripada masyarakat perlu segera diperbetuli kerana raja seharusnya dekat dengan masyarakat untuk memahami masalah yang mereka hadapi.
Dalam masa yang sama, jika raja memenangi hati rakyat, maka rakyat juga akan bermati-matian untuk mempertahankan institusi beraja.
Kemerdekaan dan keharmonian yang dikecapi kini seharusnya perlu dihargai sebaiknya oleh semua rakyat Malaysia dan perlunya untuk menghormati antara satu sama lain.
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!