Dengan ini saya haramkan, diri saya, ahli keluarga untuk datang, masuk dan beli di KK Mart. Noktah!
Itu kenyataan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari bagi merespon tindakan KK Mart di atas kecuaian menjual stoking kaki yang tertera kalimah Allah di atasnya yang disifatkan sebagai biadab dan tidak sensitif terhadap umat Islam.
Jelasnya, isu berhubung peniaga mempermainkan kalimah Allah ini bukanlah perkara baru di Malaysia dan sepatutnya tidak boleh dibawa berunding lagi. Seperti biasa, apabila tular, pekerja ada kad OKU, design terlalu banyak tak perasan, tersilap langkah, tersilap order dan bermacam-macam lagi alasan yang tak logik akan digunakan semata-mata mahu menutup kebiadaban niat sebenar mereka.
Banyak sudah kita dengar isu mereka mempermainkan kalimah Allah ini sebagai menguji kesabaran umat Islam di negara ini.
Pernah kalimah Allah ini diletakkan di tapak kasut, di atas mozek untuk dipijak, digambar di muka babi dan pelbagai lagi, terbaru yang sedang tular di stoking yang dijual di kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart di Petaling Jaya itu. Selepas ini apa pula? Apa lagi kesilapan yang tak disengajakan mereka untuk mempermainkan kalimah Allah ini?
Cikgu Izzat dalam kenyataannya termasuk di poster boikot yang sedang ditular menegaskan pihaknya akan melancarkan boikot sampai bila-bila ke atas KK Mart di atas kesalahan yang tidak boleh dimaafkan lagi.
Perkara ini bukan agenda baru, kebencian mereka terhadap Islam semakin menjadi-jadi saban waktu. Setiap kali terjadi pun kita terus bersabar dan bersabar sahaja.
Mereka mungkin tidak menunjukkan secara terang-terangan tetapi menjalankannya secara halus dengan pelbagai kaedah dan modus operandi.
Setiap tahun perkara yang sama akan berulang, kalau kerajaan tidak tegas membuat rampasan produk, menutup premis berkenaan, biarlah rakyat yang bertindak tegas dengan memboikot terus premis perniagaan itu agar ia dijadikan pengajaran kepada yang lain untuk tidak sewenang-wenangnya memandang ringan dan sambal lewa lagi isu kalimah Allah untuk terus dipermainkan.
“Biar mereka serik, dan tak berani lagi untuk usik isu berkaitan umat Islam. Sepatutnya dari dulu lagi kita tegas bukan baru sekarang!”
Sebelum itu, seperti biasa, Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH SWT di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya selepas tular dan mendapat kecam netizen serta banyak pihak.
KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.
“KK Super Mart juga sempat berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini, sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya pada sidang media Rabu lalu.
Baca juga>> Mengapa Candi di Sungai Batu Tidak Sebesar Borobudur?
Terlebih dahulu, isu ini telah tular di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah ALLAH SWT yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit tersebut.
Bagaimanapun, rata-rata umat Islam tetap mempersoalkan tindakan KK Super Mart yang tidak peka dengan penawaran produk yang menyentuh sensitiviti orang Islam dan meminta pihak berkuasa menyiasat secara detail perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas agar perkara sama tidak terus berulang lagi.
Permohonan maaf sudah basi dan menjadi kebiasaan kepada segelintir peniaga di negara ini kerana mereka sedar pihak berkuasa tidak tegas dalam perkara ini disebabkan itu isu yang serupa akan terus berulang pada bila-bila masa saja. Mereka juga sedar pasti kes akan ditutup hanya sejurus permohonan maaf dibuat oleh pesalah dengan pelbagai alasan yang direcycle, saban tahun.
Bagaimana mungkin Umat Islam dapat memaafkan kesalahan yang sama berulang setiap tahun oleh pelbagai pihak yang tak pernah mahu belajar tentang rasa tanggungjawab dan prihatin! Perlu ada ketegasan, jangan terlalu lembik apabila agama Islam diinjak-injak sesuka hati. Takkanlah semua kakitangan buta dan tidak langsung ada prihatin tentang kalimah yang jelas tertera sehingga menunggu ianya diviralkan baru hendak bertindak.
Tidakkah semua itu boleh diandaikan sebagai lakonan biasa untuk menguji kesabaran umat Islam?
Justeru, sampai masanya untuk kita boikot sahaja mereka yang biadap ini. Tunjukkan kepada mereka yang umat Islam sebenarnya bukanlah mudah untuk dipermainkan.
Cuba kita ambil wajah tokong mereka pula dan tampalkan di punggung babi misalnya, lihat apa pula perasaan mereka?
Mujurlah, kita umat Islam tidak dididik seperti kebanyakan mereka, walhal untuk buat perkara yang sama kepada mereka bukannya susah pun, apatah lagi kita adalah golongan majoriti!
Ajaran Islam tidak pernah mengajar umatnya berbuat jahat kepada sesiapa pun sebaliknya Islam secara tegas mengajar umatnya untuk memelihara kebaikan dan dan tetap bersabar dalam melaksanakannya, tetapi jangan sampai kesabaran itu pula hilang!