Dalam alam perkahwinan Melayu dahulu kala, sang lelaki yang mahu bergelar suami akan menghadiahkan isteri sebilah keris sebagai tanda perlindungan dan tanda wanita tersebut sudah dimiliki.
Apabila berlaku konflik dalam rumah tangga, selain komunikasi verbal, pasangan juga biasanya akan menggunakan bahasa simbolik yang difahami seluruh orang-orang Melayu.
Misalnya apabila derita dan sakit hati dengan tindak-tanduk suami yang gagal menguruskan rumah tangganya, sang isteri biasanya akan mencabut sedikit keris daripada sarungnya.
Maka apabila sang suami pulang ke rumah dan melihat keris yang dihadiahkan itu dalam keadaan terbuka, maka fahamlah suami bahawa isteri sedang meminta cerai.
Suami yang menyayangi isterinya akan terus berkomunikasi, memujuk dan bertanya tentang perkara yang sudah mengguriskan hati isteri sama ada secara sedar atau tidak.
Isteri dulu jenis tak cakap banyak. Kalau derita dan sakit hati, isteri buka jer keris pemberian suami.
Itu adalah simbolik orang dulu-dulu dan apabila ia berlaku, suami tahu yang itu tanda isteri minta cerai. pic.twitter.com/bjHJm2JZFU
— Demi Malaiu (@DemiMalaiu) February 20, 2023