Adalah menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam terutama sekali yang terlibat dalam sebarang bentuk urusan pentadbiran Negara untuk menghayati dan memahami prinsip Kedaulatan Islam.
Seluruh rakyat dan termasuk warga pentadbiran Kerajaan perlu menyedari dan menghayati serta menunaikan sumpah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yg dilafazkan oleh YDPA kita yang baru-baru ini. Semua YDPA wajib melafazkannya dgn nama Allah. Wallahi, wabillahi, watallahi untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa. Inilah asas utama kepada kewajipan mendaulatkan agama Islam sebagai agama negara.
Ia juga selaras dengan firman Allah di dalam ayat 13 Surah al-Shuraa, “… tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah belah di dalamnya…”. Sebagai Ketua Tertinggi Negara menurut perkara 32 Perlembagaan Persekutuan, Sumpah Baginda adalah Sumpah Negara. Hakikatnya negara ini pada setiap masa terikat untuk melaksanakan maqasid syariah yg pertama iaitu Hifzuddeen dan seterusnya terikat utk memelihara 4 lagi maqasid syariah memelihara, akal, harta, nasb dan nyawa.
Kedaulatan Islam bukan sekadar sebutan atau slogan atau laungan; ianya adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan, dan perlembagaan negeri pasca kemerdekaan serta undang-undang tubuh negeri yang wujud sebelum kemerdekaan lagi.
Perlu ditegaskan sebelum kedatangan Inggeris ke rantau ini Kesultanan Melayu di rantau ini adalah bertunjangkan Islam ini adalah termasuk kepulauan Indonesia dan Selatan FIlipina. Apabila Negeri-negeri Melayu ini membentuk sebuah Negara Persekutuan iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, keseluruhan negeri-negeri ini berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan prinsip-prinsip dasar dan asas kepada Negara ini.
Baca juga>> Demi keadilan UN mesti Hentikan kezaliman Isreal
Salah satu prinsip yang paling asas dan paling awal di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Perkara 3 Fasal 1 yang memartabatkan Islam sebagai AGAMA NEGARA ini. Tiada ungkapan Agama Rasmi.
Jika Islam sekadar agama utk tujuan upacara rasmi, maka Islam TIDAK BERDAULAT. Sebab itu Perlembagaan bukan sahaja memartabatkan Islam sebagai AGAMA BAGI PERSEKUTUAN iaitu AGAMA NEGARA, Perlembagaan juga menerusi perkara 37(1) mewajibkan YDPA atas kedudukan Baginda sebagai Lambang Kuasa Tertinggi Negara untuk berikrar dan bersumpah dengan nama Allah untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa.
Inilah dia prinsip maqasid syariah yang pertama iaitu HIFZUDDEEN. Sebab itu Islam berdaulat, kerana yang memartabatkannya adalah Perlembagaan yang Berdaulat dan yang bersumpah untuk memeliharanya adalah YDPA – Raja yang Berdaulat dan kewajipan ini dilaksanakan oleh seluruh warga pemerintahan dan pentadbiran Negara Malaysia iaitu Negara yang Berdaulat.
Peranan Perdana Menteri adalah untuk memastikan sumpah YDPA ini dilaksanakan dengan sempurna oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyelia JAKIM dan agensi-agensi agama di peringkat Negara. Keingkaran mana-mana pihak termasuk mana-mana organisasi politik atau NGO, Islam atau bukan Islam tidak berhak untuk mempertikaikan prinsip Kedaulatan Islam ini.
Kita berpegang kepada prinsip Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan; maka Negara bersumpah dengan nama Allah, Kita berpegang kepada prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara; maka kita menunaikan Sumpah YDPA utk memelihara Islam.
Kita berpegang kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan maka kita menjungjung Kedudukan
Islam sebagai Agama Negara ini – sekaras dengan Firman Allah (Ali-Imran:3), “…إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ”. Kita berpegang dengan prinsip ke-4 Kedaulatan Undang-undang; Maka apabila Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara memartabatkan sebagai Agama Negara, aqidah Negara atau idealogi Negara, seluruh warga Negara ini wajib menjunjung Kedaulatan Islam. Apabila kita berpegang kepada prinsip ke-5 kesopanan dan kesusilaan; tiada mana orang yang boleh melakukan perkara tidak bermoral atau bersikap biadap sama ada dalam percakapan, perbuatan atau pakaian yang tidak sopan atau tidak mematuhi aspek kesusilaan.
Tiada siapa boleh mendakwa dia mempunyai hak kebebasan asasi secara mutlak untuk melakukan atau menjalani kehidupannya menurut pemikiran liberalnya kerana setiap hak lebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan Negara adalah tertakluk kepada aspek moral atau akhlak.
Begitulah Islam menjaga dan memelihara kerukunan dan kedamaian Negara ini, maka seluruh rakyat atau penduduk Negara ini sama ada Islam dan bukan Islam untuk menghayati prinsip- prinsip asas kemanusiaan Islam sejagat yang telah terbukti berjaya mewujudkan keamanan dan kedamaian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Negara ini. Inilah dia Islam sebagai Rahmatan Lil ‘alameen yang telah beratus tahun berdaulat di Negeri Melayu dan Negara Malaysia.
Semoga Allah merahmati kita semua dgn kedamaian dan keamanan ini di payung Ikrar dan Sumpah Negara yang dilafazkan oleh Baginda Yang Di-Pertuan Agong.