Isu Semasa

IPTA & IPTS Gagal Lahirkan Pereka Fesyen Tempatan Yang Berfalsafah Watan

Setiap kali menjelang musim perayaan, ramai pereka fesyen tempatan berlumba-lumba mahu persembahkan baju Melayu rekaan masing-masing.

Namun demikian, pemantauan masyakarat hari ini mendapati ramai pereka fesyen tempatan bagaikan hilang falsafah dan nilai jati diri watan.

Apa Prinsip Baju Melayu

Prinsip baju Melayu seharusnya longgar dan sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna. Namun hari ini, banyak rekaan slim fit ditampilkan atas alasan zaman sudang berubah.

Butang Baju Melayu

Umumnya, baju Melayu cekak musang wajib disediakan dengan lima butang. Lima butang tersebut melambangkan falsafah rukun Islam.

Apa yang ada dalam rukun Islam?

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat lima waktu sehari semalam
  • Berpuasa dalam bulan Ramadan
  • Menunaikan zakat
  • Mengerjakan ibadah haji bagi yang berkemampuan

Bagi baju Melayu teluk belanga yang disediakan dengan satu butang mengangkat falsafah Allah SWT yang Esa yang wajib disembah.

Bayangkan fesyen hari ini, ada pereka fesyen sengaja mengurangkan butang pada baju Melayu, apakah falsafah kita sebagai orang Melayu beragama Islam sesuai dimartabatkan?

Poket Pada Baju Melayu

Banyak fesyen hari ini mengabaikan konsep tiga poket pada baju Melayu. Tahukah anda tiga poket pada baju Melayu itu mengangkat rukun agama.

Apa itu rukun agama? Rukun agama adalah pegangan umat Islam terhadap:

  • Rukun Islam (feqah)
  • Rukun iman (tauhid)
  • Rukun ehsan (tassawuf)

Bayangkan kita memakai baju Melayu dengan memahami falsafah ini, tidakkah kita mampu menjadi umat Islam dari bangsa Melayu yang disegani?

Namun demikian, falsafah ini tidak dicerita dari zaman ke zaman dan pereka fesyen hari ini lebih terikut-ikut kepada konsep Barat yang menafikan keunikan khazanah Tanah Melayu.

Samping Pelengkap Baju Melayu

Betapa orang Melayu menjaga aurat dan maruah diri, sudahlah kita memakai baju yang longgar malah kain samping pula berfungsi untuk kita boleh menutup aurat secara kemas.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker