Perubatan

Institut Berkait Etno-Sains Perubatan Wajar Dibangunkan Secara Eksklusif Dalam Malaysia!

Malaysia masih lagi ketinggalan dalam memanfaatkan herba semula jadi yang subur dalam alam Melayu untuk dinaik taraf kepada sumber etno-sains perubatan.

Sedangkan negara lain seperti China, India dan Mesir misalnya, masing-masing tidak membuang kepakaran mereka dalam penguasaan akal budi tempatan.

Sebaliknya memberi nafas baharu sebagai produk yang relevan dengan permintaan zaman dari semasa ke semasa dan mencipta banyak sumber ekonomi.

Berbeza dengan realiti di Malaysia, meskipun negara masih memiliki pewaris akal budi tempatan yang mahir dalam etno-sains perubatan, nasib mereka kabur.

Sedangkan etno-sains perubatan mampu memberi keseimbangan terhadap dunia perubatan moden bagi kes tertentu yang sukar disembuhkan dengan kaedah teknologi.

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Diwujudkan

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara diwujudkan dan hasilnya banyak dieksport ke luar negara dan menyumpang peratusan yang besar kepada ekonomi dalam negara.

Meskipun negara tidak menggalakkan budaya merokok dan penggunaan tembakau yang melampau misalnya, ada bahagian tertentu memberi manfaat besar kepada negara.

Pengkaji kenaf dan tembakau tempatan boleh mengawal dari segi kualiti dan lain-lain aspek agar hasil tanaman ini berkualiti dan setanding dengan hasil tanaman dari luar.

Namun apabila bercakap tentang etno-sains perubatan yang sepatutnya mengangkat kajian berkenaan herba misalnya, situasinya dasarnya berubah.

Tiba-tiba ia bagaikan tidak sesuai berada di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mahu pun Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tanda Tangan MoU Malaysia Dengan P.R. China Timbulkan Persoalan Besar

Namun demikian, tindakan Malaysia yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan P.R. China dalam bidang Perubatan Tradisional menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sedang pejuang etno-sains perubatan sedaya-upaya untuk mempromosikan kaedah atau produk buatan tempatan namun disekat dengan pelbagai akta yang sudah tidak lagi relevan.

Mengambil contoh ganja untuk perubatan misalnya dan ditempatkan dalam Akta Racun Berbahaya 1952 sekali pun, sekarang sudah memasuki tahun 2022.

PPB pun telah menyokong WHO bahawa ganja tidak lagi difokuskan dalam Jadual I dan Jadual IV sebaliknya Jadual IV sudah pun dikeluarkan sekali gus memberi isyarat ganja boleh gunakan untuk perubatan.

Minda Orang Malaysia Tertutup Tentang Ganja

Ganja adalah tumbuhan yang memiliki banyak jenis dan ada jenis-jenis ganja seperti hemp tidak memberi sebarang kesan luar biasa dan sesuai untuk digunakan sebagai elemen perubatan.

Namun siapa tahu ganja jenis hemp ini wujud? Sudah tentulah para pengkaji dan apabila didedahkan kepada masyarakat, sebut sahaja nama ‘hemp’, otak juga sama-sama naik ‘jem’.

Hal ini kerana mereka tidak biasa dengan nama ‘hemp’ yang merupakan salah satu jenis hasil daripada pokok ganja dan selamat untuk digunakan mengikut kiraan yang bersesuaian.

Namun kalau ada individu sengaja menggunakan ganja daripada jenis lain selain hemp ini berlebih-lebihan, kesannya mungkin memudaratkan kerana masalah individu.

Dan bagi kes ini, ia sama seperti budaya masyarakat yang gemar menghidu gam sedangkan gam itu dicipta untuk melekatkkan barang namun disalah guna segelintir individu.

Bayangkan pokok getah akan diharamkan gara-gara budaya segelintir masyarakat yang hidu gam tanpa sebab kononnya mencari keseronokan dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu