Agama

Ini Perkara-perkara Fahaman Wahabi Yang Orang Islam Lain Perlu Tahu

Berhati-hati untuk mengamalkan sesuatu perkara

Inilah perkara-perkara, ajaran dan pengamalan di dalam Fahaman Wahabi yang perlu diketahui dan diambil cakna oleh umat Islam yang lain supaya tidak terpesong dan terpengaruh dengan dakyah mereka. 

– Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.

– Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.

– Membahagi tauhid kepada tiga:

Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa sifat.

– Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).

– Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.

– Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.

– Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid.

– Menolak amalan bacaan yasin beramai-ramai pada malam Jumaat di masjid.

– Menolak amalan solat terawih 20 raka’at di masjid.

– Menolak amalan bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Sya’ban.

– Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.

– Menolak bacaan talqin ketika pengembumian mayat.

– Menolak tahlil dan kenduri arwah.

– Menolak bacaan berzanji dan marhaban.

– Menolak amalan selawat syifak, selawat fatih, selawat nariah, selawat tafrijiah.

– Menolak sambutan maulidur rasul.

– Menolak amalan ziarah makam nabi.

– Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh menggunakan pembesar suara.

– Mengatakan tiada solat qabliah Jumaat.

– Menolak amalan membaca text ketika khutbah.

– Menolak tasawuf dan tarikat.

– Menolak MAZHAB.

– Mengatakan bid’ah tiada yang hasanah, semua bid’ah adalah sesat.

– Menolak beramal dengan hadis daif.

– Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.

– Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi saw.

– Menolak amalan isthtighathah.

– Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.

– Menolak manhaj Asyairah dan Maturidiyah.

– Menolak Sifat Dua Puluh.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker