Isu Semasa

Ingin Lakukan Kesalahan Di Malaysia? Berikut Adalah Ikat Jamin Yang Diperlukan!

Sejak dari dahulu hingga kini, masyarakat disuap dengan berita ramai pesalah undang-undang kembali bebas untuk makan nasi lemak, mandi kolam renang atau berjalan-jalan dalam pusat beli-belah selepas diikat jamin.

Paling busuk pun, pasport antarabangsa milik mereka dipegang dan perintah larangan keluar negara dinyatakan namun Muhammad Sajjad Kamaruzzaman tetap boleh sampai Australia dengan bantuan pawang ghaib.

Baru-baru ini, Siti Nuramira Abdullah dan kekasihnya, V. Alaxender Navin dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 bagi setiap seorang menerusi sumbangan awam ke dalam akaun Lawyers For Liberty (LFL).

Apabila ditanya LFL siapa yang memberikan sumbangan tersebut, respon mereka adalah identiti penderma sama ada daripada dalam negara atau luar negara tidaklah mereka ketahui atau dapat mengesannya.

Tahu-tahu ada duit dalam akaun LFL daripada sumbangan awam dan ia boleh digunakan bagi mengikat jamin mana-mana pesalah yang difikirkan sesuai selagi mana kononnya ia berkait dengan hak kemanusiaan.

Apabila bercakap tentang hak kemanusiaan, ia diasaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 1945 dan pada 1948, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dipersetujui 50 penglibatan negara.

Walaupun UN tidaklah menolak Islam namun mereka terlupa akan hak asasi Allah SWT ke atas hambanya dan UN mahu masyarakat seluruh dunia menerima Islam mengikut cara yang mereka mahu.

Sehubungan itu bagi kes yang boleh dianggap hina Islam sebegini termasuk di Malaysia, mereka termasuklah LFL akan menegaskan Siti Nuramira Abdullah dan V. Alaxender Navin cuma berekspresi.

Berekspresi dan meluahkan sesuatu idea kepada umum bukan satu kesalahan jenayah buat mereka sebaliknya penahanan ke atas kedua-dua invididu ini satu pelanggaran hak asasi manusia.

Mujurlah bukan babi yang diperintahkan untuk menjadi ‘kepala’ dalam masyarakat, risau ada yang sanggup berjuang bermati-matian untuk memastikan hak asasi babi dipatuhi.

Merenung semula bayaran ikat jamin yang dikenakan kepada Siti Nuramira Abdullah dan V. Alaxender Navin, masyarakat beranggapan undang-undang dunia sama seperti satu perniagaan.

Kalau anda seorang remaja perempuan dan membunuh bayi yang baru dilahirkan, jika ada modal RM20,000 untuk diikat jamin oleh penjamin warga tempatan, selesailah masalah untuk sementara.

Kalau anda seorang bekas datuk bandar dan terima rasuah luluskan projek-projek, jika ada modal RM50,000 untuk diikat jamin, anda boleh membayarnya dengan perancangan tertentu.

Kalau anda seorang timbalan pengarah sesuatu agensi dan penggubahan wang haram, jika ada modal RM1.5 juta dengan deposit RM500,000 bersama dua penjamin tempatan, pun boleh mandi kolam air panas jika mahu.

Dalam erti kata lain, konsep ini membuka peluang dan ruang kepada penjenayah untuk menyusun strategi bagaimana menyelesaikan bayaran ikat jamin jika terkantoi.

Teringat kes Jabatan Air Sabah, masuk rumah jumpa duit berkepuk-kepuk dalam kabinet dan seterusnya dirampas.

Yang tertanam dalam tanah ke, dimasukkan dalam bonet kereta yang rosak ke, digantung atas pokok yang tinggi ke, jarang kita dengar dan jumpa kes ini dipamerkan kecuali dalam filem-filem India!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru