Pada 13 April dalam tahun 1876, Sir F. W. Jervois, Gabenor Negeri-negeri Selat Kerajaan British di London, mengemukakan cadangan untuk meletakkan daerah Sri Menanti, Ulu Muar dan Jempol di bawah naungan kerajaan British.
Cadangan ini juga bertujuan untuk melantik seorang Penghulu yang disenangi oleh Inggeris dan disokong oleh kebanyakan Suku.
Seorang wakil British juga akan dilantik bagi ketiga-tiga daerah tersebut untuk menyakinkan penduduk mengenai usaha Kerajaan British untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Ini berikutan perebutan kuasa untuk jawatan Yamtuan Besar di antara Tuanku Ahmad Tunggal, anakanda Yamtuan Imam dengan Tuanku Antah, anakanda Yamtuan Radin.
Cadangan ini tidak dipersetujui oleh banyak pihak.
Cadangan Sir F. W. Jervois ini hanya dapat direalisasikan pada 13 Julai 1889 apabila temeterainya perjanjian penubuhan Konfiderasi Negeri Sembilan di antara Tuanku Muhamad ibni Almarhum Tuanku Antah dengan Penghulu-penghulu Luak, Konfiderasi Sri Menanti di satu pihak dan Gabenor Negeri-negeri Selat di satu pihak yang lain.