Mengapakah Wahabi tidak mengaku sebagai Wahabi? Sembunyi tangan lepas baling batu?
Ini adalah kerana mereka menganggap penyamaran dan pemalsuan identiti mereka dapat menyebarluaskan ajaran mereka dalam negara ini.
Oleh itu, penguatkuasaan juga mempunyai satu kelemahan apabila mereka hanya mendefinisikan ajaran syiah atau Wahabi pada penamaan sahaja
Ini adalah antara implikasi daripada penyebaran fahaman yang lain daripada ahli Sunnah Wal Jamaah.
Penyebaran itu bukan bersifat dianggarkan atau dianggap, malah penyebaran itu sudah berlaku dalam masyarakat kita.
Antaranya salafiyyah memahami al-Quran, dan as-Sunnah secara zahir.
Di sini juga dicatat bahawa ia merupakan punca mereka membid’ah selain daripada Salafiyyah Wahabiyyah.
Yang kedua, aliran Salafi Wahabi tidak selari dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini termaktub dalam fatwa Muzakarah, 2014.
Dapatan yang ketiga ialah tauhid 3, yang amat membimbangkan dan tidak mewakili pengajian akidah tauhid di negara ini.
Yang keempat, ia bertentang secara diametrical dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.
Yang kelima, Wahabi mengkafirkan saudara Islam yang tidak sealiran dengannya dan menghalakan darah mereka.
Yang keenam, Muzakarah tersebut menyebut Wahabi memberi ancaman serius kepada survival ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka boleh mendatangkan perpecahan dan perbalahan kepada masyarakat. Ini yang telah termaktub dalam Muzakarah.
Dalam satu fatwa pada tahun 2014, fatwa JAKIM iaitu isu umat Islam yang terlibat dalam perjuangan Islamic State sehingga istilah atau identiti yang dikeluarkan daripada fatwa ini adalah Salafi Jihadi telah diguna pakai oleh fatwa-fatwa negeri sehingga pengharaman menyertai militan secara dinotasi, secara tarfiyyah disebutkan.
Diharamkan menyertai militan : Ansar al-Islam, Jamaah al-Tauhid Wa al-Jihad, dan al-Qa’idah, mengikut kepada fatwa Pulau Pinang pada tahun 2016.
Wahabisme menyalakan api ekstremisme
Secara kajian, apabila kita sebutkan setiap daripada kumpulan militan ini, mereka adalah orang yang berpegang dengan ajaran tauhid 3 yang dibawa oleh Wahabiyyah, mereka adalah orang yang mempunyai pendekatan ekstremis atau melampau terhadap orang Islam yang lain, dan mempunyai sifat rebellion, sifat anarchist, sifat menentang kepada suatu doktrin yang telah terdapat pada sesebuah negara.
Dalam maklumat yang telah diperolehi daripada PDRM, Noordin Mohammad Top, yang telah menjadi dalang kepada pengeboman di Jakarta pada tahun 2009 dan kemasukan warga Malaysia ke Syria pada tahun 2013 hingga 2019.
PDRM telah mencatat bahawa seramai 457 orang telah terlibat dalam tempoh masa tersebut. Kemudian, serangan bom di kelab malam di Kuala Lumpur pada tahun 2016. Ini semua merupakan catatan kes yang telah berlaku di negara ini yang melibatkan warga negara ini.
Kajian dari Arab sendiri yang telah dilakukan oleh pengkajinya sendiri iaitu Abdullah al-Qarni dan temannya daripada United Kingdom iaitu Joseph Bratt, mengatakan bagaimana tahanan-tahanan yang terlibat dengan daish, ISIS dan sebagainya.
Apabila mereka melakukan pemulihan, mereka meratibkan kebencian dan permusuhan terhadap umat Islam sehingga pada satu tahap psikologi, mereka mengatakan satu sifat dingin sehingga tidak mempunyai beza dengan Irish Republican Army atau dengan Tamil Tigers.
Mereka hanya melihat umat Islam sebagai musuh dan harus dibunuh bagi mencapai tahap kemurnian tauhid yang mereka pegang.
Kita mendapati bahawa mereka ini mempunyai satu sikap sebagaimana orang awam yang kita lihat sekarang, mereka benci apabila menyebut tentang asya’irah, maturidiyyah.
Tetapi pada dasarnya, mereka bukan membenci apa yang mereka tahu, mereka membenci disebabkan oleh pengaruh orang yang menanamkan kebencian tersebut dalam diri mereka.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!