Isu Semasa

Imej Wanita Berhijab Sambut Perayaan Hantu Lapar Simbolik Ke Arah Pluralisme!

Tidak ramai generasi muda beragama Islam hari ini menyedari perayaan Bon Odori adalah satu upacara keagamaan Buddha yang popular di negara Jepun.

Disebabkan di Malaysia juga ada rakyat Jepun yang bermaustatin di sini, Kelab Jepun Kuala Lumpur dengan kerjasama banyak pihak menganjurkan perayaan ini.

Bagi generasi muda yang cetek ilmunya tentang agama dan sekadar belajar subjek pendidikan agama Islam yang ada dalam buku teks, banyak perkara lain tidak diketahui.

Ramai diantara mereka beranggapan Bon Odori adalah satu perayaan orang-orang Jepun, memakai kimono dan melakukan adat serta tradisi mereka secara besar-besaran.

Mereka tidak tahu bahawa Bon Odori itu adalah upacara keagamaan dan kepercayaan masyarakat bukan Islam yang menyeru kehadiran roh orang yang sudah mati.

Dalam erti kata lain, masyarakat Buddha di Jepun percaya roh orang yang sudah mati sedang kelaparan dan perlu dijamu agar perjalanan mereka tenang dan selamat.

Upacara ini disambut sejak 500 tahun yang lalu dan menakutkan, ramai anak-anak muda yang terdiri daripada umat Islam, sedang merancang untuk menghadiri perayaan ini.

Jika dilihat pada poster promosinya sekali pun, imej wanita berhijab dipercayai beragama Islam dilihat seperti sedang seronok meraikan perayaan Bon Odori.

Perkara ini ibarat satu jarum halus untuk menormalisasikan budaya terbuka menyambut perayaan keagamaan selain Islam dalam proses menuju sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Apabila terdapat beberapa jabatan agama Islam mengeluarkan nasihat kepada orang Islam sebagai peringatan, ramai yang menyerang dengan pelbagai bantahan.

Kononnya jabatan agama Islam di Malaysia terlalu jumud dan tidak terbuka dalam meraikan kebudayaan bangsa lain, sedangkan ia bukanlah tradisi bangsa Jepun, sebaliknya upacara keagamaan Buddha!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker