Hari ini, peranan Bidan Kampung telah digantikan oleh Bidan Moden, yang memberikan penjagaan selepas bersalin dan tempoh pantang tradisional.
Namun tahukah anda bahawa Ilmu Perbidanan ini sudah diamalkan sejak berkurun lama oleh bangsa Melayu terdahulu untuk merawat pesakit khususnya wanita bersalin.
Jadi berkenaan dengan ilmu perbidanan dalam bidang perubatan tradisional Melayu ini ia merangkumi ilmu penjagaan dan juga perawatan.
Sebelum mengandung, semasa mengandung, semasa bersalin dan juga selepas bersalin dan termasuklah juga dalam ilmu perbidanan ini ialah penjagaan bayi yang baru lahir.
Konsep ini bertujuan untuk membantu ibu-ibu percepatkan proses penyembuhan fizikal dan juga untuk mengelakkan mereka menghidapi apa-apa masalah kesihatan pada masa hadapan.
Antara amalan penjagaan perbidanan ini termasuklah urut, bertungku, mandi herba, memakai bengkung, param, pilis, bersadai, bertangas angkat peranakan dan banyak lagi.
Jadi antara tujuan-tujuan tatacara tersebut dijalankan seperti contohnya urut selepas bersalin itu untuk melembutkan urat ibu tadi, untuk membetulkan semula peranakannya,
Selain itu ia juga, melancarkan peredaran darah, hilangkan lenguh-lenguh badan dan juga untuk meringankan badan.
Selalunya urutan akan dimulakan daripada perut sehingga dada dan di dalam konteks berurut tadi mengikat rambut juga adalah satu perkara dan tatacara perbidanan.
Seterusnya bentuk lain dalam tatacara perbidanan adalah bertungku yang menggunakan batu yang dipanaskan dilapikkan dengan daun-daun herba seperti daun mengkudu atau daun sirih yang kemudian dibalut kain.
Tungku tadi juga bertujuan untuk mengecutkan peranakan wanita dan juga melancarkan darah, sembuhkan semula apa-apa kesan darah kotor.
Ia juga melancarkan darah nifas keluar untuk kekalkan awet muda, mengelakkan perut buncit, mengecutkan urat, keluarkan angin dan meringankan badan.
Menurut Dr. Nor Azian Ab Rahman merupakan Setiausaha Gabungan Perawat Muslim Malaysia berkata Ilmu perbidanan ini perlu dikekalkan kerana ia sangat diperlukan oleh ibu bersalin.
“Jadi di sini kita lihat sebenarnya etno-sains perubatan dalam masyarakat Melayu terdahulu memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kesejahteraan dan kesihatan ibu dan juga anak.”
Di mana dari pandangan kita ia merupakan satu rawatan tradisional tetapi sebenarnya kalau kita terangkan dari sudut sains ia mampu memberi kesan dari sudut biologi dan kimia.
Cuma pengamalan dahulu tidak dapat untuk explain dalam bentuk sains. Jadi zaman ini kita mungkin boleh mengembangkan ilmu tersebut tetapi kita menjelaskannya dari aspek sains kesihatan.