Sejauh mana ahli-ahli politik ini mendengar dan menghormati Institusi Raja-Raja Melayu terutamanya dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Dalam isu ICERD dan Statut Rome ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) jelas telah membelakangi Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) bagi mencapai hasrat mereka membentuk negara Republik menjelang 2030 seperti yang pernah diwar-warkan di media sosial sebelum ini.
Rakyat sudah boleh membaca dan menilai sendiri tindak tanduk ahli-ahli politik yang secara jelas memperlihatkan bagaimana kerajaan PH begitu berani dan secara biadapnya membelakangi MRRM.
Ini turut dijelaskan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah, tindakan kerajaan menandatangani Statut Rom dan meratifikasi ICERD adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan haruslah ingat tentang kontrak sosial dalam sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dahulu di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh dan dikurangkan,” titah baginda.
Titah baginda lagi, tindakan tersebut menyentuh kuasa Raja-Raja, keistimewaan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam di negara ini.
Perkara itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam titahnya, “hal itu menjadi sebab baginda menentang Statut Rom dan ICERD yang ingin disertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir ketika itu.”
“Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam khususnya,” tulis baginda dalam satu hantaran di Facebooknya.
Bagaimanapun, kata TMJ dengan menyerang institusi diraja, Mahathir tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri olehnya termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.
Hal itu turut diperkukuhkan lagi oleh Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff yang menjelaskan, kerajaan yang memerintah dan cuba meratifikasikan ICERD dan Statut Rom itu adalah kerajaan PH yang menang dalam PRU 14 pada Mei 2018.
Maka untuk melihat kedudukan dan bagaimanakah pandangan dan kelicikkan PH terhadap Institusi Raja-Raja Melayu maka saya rasa cara yang terbaik adalah dengan melihat semula manisfesto PH dalam PRU 2018.
Apabila menyentuh mengenai insiden ICERD dan Statut Rom kita sedia maklum bahawa kedua perkara ini iaitu penandatanganan Statut Rom dan ratifikasi ICERD.
Jelas ia dibuat tanpa dirujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu sedangkan sepatutnya apa-apa sahaja perkara yang menyentuh Raja-Raja Melayu dan YDPA hendaklah dirujuk kepada Raja-Raja Melayu.
Tetapi, PH menunjukkan bukan sahaja kurang memperjuangkan kepentingan Raja-Raja Melayu malah sering membelakangi MRRM dalam segala segi menerusi tindak tanduk mereka terutamanya semasa berkuasa walaupun cuma 22 bulan.
Maka, perkara itu jelas membuktikan PH langsung tidak mementingkan Institusi Raja-Raja Melayu bahkan mempunyai niat untuk menghapuskan MRRM sekaligus melenyapkan terus kuasa Raja-Raja Melayu dari negara ini.